Wednesday, August 10, 2011

SHAPED PELMETs UTK OMAK..


SALAM SATU MALAYSIA..

arini dah msk mgu ke2 umat Islam berpuasa ,dan arini nak wat pelmet curtain untuk langsir raya mak BUDAK ITAM thn nih..bagi yang masih terkial-kial menjahit macam BUDAKITAM nih, mari kita kenali ciri2 langsir pelmet:
pelmet ni adalah langsir hasil cantuman 2-3 fabric....ada kalanya di tambah span atau fiber untuk bagi nampak tebal,keras n lagi cantik....pelmet lurus atau berbentuk dan kadang2 di tambah hiasan untuk mencantikkan lagi pelmet tersebut...

langkah2:
1)tentukan design yang dikehendaki berdasarkan
jenis tingkap atau faktor pencahayaan yang dikehendaki
2)lakarkan design yang dikehendaki pada kertas minyak sebagai pattern @ pola


3)tekapkan pattern yang dikehendaki pada fabrik,(tambah basi 2 cm atau lebih setiap bahagian), disebabkan kain yang BUDAKITAM gunakan adalah jenis keras,jadi, tak perlu menggunakan kain lapik dalam.
4)potong 2 keping kain dan cantumkan setiap bahagiankecuali bahagian atas (a) secara terbalik



kepingan  A



kepingan B

5)kemudian terbalikkan kain yang siap dicantum,bagi mengemaskan setiap bucu,kakak sekelian bolehlah mengemaskannya dengan dengan menjolok bucu tersebut dengan lidi. 
dan seterika untuk mengemaskannya.
6)lipat bahagian atas langsir (a) kebahagian dalam dan diseterika untuk mengemaskannya. 
7)kemudian letakkan pita langsir dan dijahit.


nampak sangat simple tanpa renda..tapi tetap cantik..hehe..


dan untuk mengemaskannya,boleha diseterika dan akan nampak lebih ekslusif jika diletakkan renda walaupon sebenarnya agak senget benget...hahahhaha...SELAMAT MENJAHIT!!!..

Tuesday, August 9, 2011

KEK BUAH KUKUS


SALAM HARI SELASA,

Alhamdulillah,arini dah masuk ari k9 kita semua berpuasa,moga puasa kita diterima YANG ESA.sebenarnya sok ada exam,tapi kemalasan melanda,sangat malas nak baca buku dan mata asyik mengantuk jer...haisshhh..susah betul klu penyakit M melanda kan...malam ni nak kongsi satu resepi yang amat mudah disediakan...JOM MEMASAK..!!

BAHAN2 :
100 gm buah-buahan campuran kering- ikut citarasa
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1/2 cawan gula hangus
 (1/2 cawan gula pasir, dihanguskan dan dicampur 1/2 cawan air- biar cair)
1 cawan gula castor (boleh kurangkan)
170 gm mentega

KAEDAH:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. Lenser dan alas dengan kertas minyak.

2. Masukkan mentega dan gula pasir di dalam mangkuk. Gaul hingga gula hancur.

3. Masukkan telur, gula hangus, tepung dan buah-buahan campuran. Gaul rata hingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil .Kukus selama 1 jam atau bergantung kepada bahan yang digunakan.

5. Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan sebelum dipotong.


boleh tambah parutan kulit lemon utk menaikkan bau kek.dan kek ni sepatutnya lagi gelap dari pic kat atas..mungkin sebab warna gula perang yang x beberapa nak perang sebab takut terhangit...


Kek ni sangat mudah dan mungkin boleh dimasukkan dalam list utuk hari raya..oklah nak sambung baca buku..hehehh...SELAMAT MEMASAK...

LANGSIR SCALLOP VERSI 1 (swags curtain)

SALAM RAMADHAN..


macamana pose kakak2 ku sekelian ..harap2nya tahun ni lebih baik dari thn2 yang lepas....BUDAK ITAM pon agak sibuk n idup menjadi agak kucar kacir dengan aktiviti harian ditambah keje n jadual exam yang rapat2..BENCIKKKKKKKKKKKK!!!!.arini nak share satu lagi jenis langsir iaitu langsir scallop (royal scallop) atau omputih panggil swags...


BUDAK ITAM pon tak pasti kenapa orang Malaysia sesedap rasa panggil langsir ni sebagai 'langsir kerang'..mungkin sebab bentuk nya la kan...


terdapat banyak kaedah nak buat scallop nih...cara yang paling senang adalah menggunakan pola langsir dengan bidang kain 60 inci.pola langsir ni boleh dibuat pada kertas keras atau pon surat khabar..

Membuat pola:
1:SEDIAKAN kertas berbentuk 4 segi tepat dengan setiap bahagian = 60"

rajah 1

2:KEMUDIAN dilipat dari bucu 'c' ke 'b'
3:SETERUSNYA ,buat satu garisan secara menegak (42 inci) dari 'a' ke 'e'
4:DENGAN  menggunakan pembaris  dengan sudut 90 darjah,buat garisan sepanjang 25 inci dari 'e' ke 'g'
5:BUAT garisan dengan mencantumkan titik 'a' ke 'g'.
6;DARI titik 'e',turunkan sebanyak 5 inci dan tandakan sebagai 'f'
7:BUAT garisan melengkung dari 'f' ke 'g'.
8:GUNTING  pola bermula dari titik 'a' ke 'g' ke 'f'.dari titik 'g',tandakan titik (point) 4 inci,diikuti 1.5 inci,kemudian 4 inci dan seterusnya berakhir di titik 'a'


rajah 2

9:GUNTING  (snap) setiap point sebagai penanda.

kaedah menggunting kain:
1:LETAKKAN  pola diatas kain dengan bidang 60' yang dilipat 2
2:SEPERTI  rajah dibawah, sematkan dengan pin kemudian dipotong.jika siap dipotong,kain akan menyerupai seperti rajah 4.


rajah 3


rajah 4

cara-cara melipat:
1:SETELAH kain digunting,pada point 'a' diturunkan sebanyak 4' dan dijahit melintang.kemudian kain dibuka dan bahagian atas akan menjadi seperti dibawah.
2:MULAKAN  lipatan dari bahagian bawah  iaitu melipat ukuran 4" dan ditemukan pada titik 1.5' dan diulang sehingga habis.
3:TERDAPAT  8 lipatan keseluruhan yang akan terbentuk. seperti gambar dibawah.untuk mengemaskan setiap lipatan..boleh lah diseterika dibahagian atas scallop,dan pastikan kain yang digunakan adalah jenis yang lembut agar 'ombak2' mudah dibentuk.


untuk kaedah membuat cascade @ tails @ ekor bagi scallop ni,sila dapatkan buku 'HOW TO SEW CURTAIN  LIKE SUPERHERO'>>>kahakahakhakahkah...berangan sekejap...utk episod yang akan datang BUDAK ITAM akan tunjukkan cara mencantum dan membuat ekor untuk scallop ni...SELAMAT MENJAHIT MALAYSIA!!!