Thursday, June 25, 2009

PENYAMPAI IKON

klu dulu TV3 dengan "MALAYSIAN TOP HOST",kini RTM tampil dengan program PENYAMPAI IKON.
format nyer lebih kurang sama ngan rancangan realiti lain.program realiti ni ada 13 episod dan akan disiarkan pada setiap Sabtu pada pukul 8.30 malam di TV2 mulai 22 Ogos 2009

sebelum tuh,30 orang pelajar yang terpilih akan dikuarantinkan di dalam sebuah kolej serta diajar dari pukul 8 pagi hingga 12 malam bagi melahirkan penyampai berita, pengacara dan wartawan.macam best jer dengar nyer kan??

klu AF atau rancangan lain ada pengetua,rancangan ni pon ada pengetua gak
Yusanani Yushak ,yang dulu famous kat TV3 dengar nyer akan jadi pengetua utk musim 1

kepada kengkawan,yang bercita-cita n kuat berangan cam BUDAK ITAM nih,jom la ramai-ramai kita ker ujibakat tu yer....JANGAN LUPA TAU!!!!

Audition di KL pada:

Tarikh: 12 & 13 Julai 2009
Masa : 0900 - 1700
Tempat: Hotel Hilton, KL Sentral

P/s: Bawa sekali resume
2 pix ukuran passport & 2 pix 4R.
Pakaian yang bersesuaian sebagai penyampai ikon.
umur dibawah 30 tahun.

7 comments:

  1. erm..i'm the one of thaousand people yang dtg ke sesi ujibajat di kuala lumpur baru2 ni..

    just nak share experience n komen a li' bit about this interview..memang ramai yang datang ke uji bakat..datang dengan penuh keyakinan dan seribu harapan untuk menjadi sebabahagian daripada peserta penyampai ikon..ade yang bersungguh-sungguh mengahafal skrip berita yang diberikan,..dan ade juga yang berpuluh-puluh kali membelek diri di hadapan cermin supaya semuanya kelihatan "PERFECT" di mata juri.

    oh ya..untuk pengetahuan kalian, saya sanggup datang 2 kali ke ujibakat tersebut dengan membawa harapan agar terpilih utk penyampai ikon..namun ,.jawapan yang agak mengecewakan darpda juri2.saya yakin saya mempunyai bakat sebagai seorag penyampai berita atau pun pengacra kerana saya sudahpun terbabit dalam dunia pengacaraan sejak belajar di ipt lagi..jadi, bagi saya tiada masalah dalam komunikasi dan berinteraksi dengan org ramai..

    dari segi rupa pulak..erm..boleh tahan la..cewwaahhhh..tu kata saya la..x tau la kata orng yang tengok..

    tapi nasib masih juga tidak menyebelahi saya..katanya saya ni "xde commercial value untuk 3 tahun yang akan datang"....x pe..xpe..saya amik ni sebagai kate2 yg +ve..sabaq je la..

    then after ujibakat tu, saya lepak2 la di ground floor hilton (KL Sentral) untuk tenangkan ati sementara tggu someone to pick up..then ramailah yang dtg melepak kat situ jugak, semuanya gagal dalah ujibakat tersebut. saya merupakan antara peserta yang paling awal ditemuduga. then, x lame lepas tu,.saya tgk ramai yang keluar dari lift tu dengan perasaan yang hampa..then we all borak2 la n komun x kurang juga yang kutuk about the ujibakat tu.

    ade yang kate "kita ni datang untuk ujibakat cari model ke or cari penyampai ikon"???

    ermmm.rata-rata amat bersetuju..pemilihan utama adalah berdasarkan rupa semata-mata dari bakat yang ada..patutla stesen tv tu kurang maju...opsss..sorry to say that,,ni pandangn iklas..stesen tv mana..lu pk la sendiri..

    cuba kita renung n imbau kembal..sape x kenal dengan Datuk mahathir lukman???beliau bukan la dalam kategori enshem sangt..badan plak, x la macam model lelaki ke..macam model angkat berat ke..mcm fahrain ahmad ke..tapi..orang0orang yang bijak pandai telah melihat bakat dan kebolehan yang beliau ade..even beliau jarang2 berada di tv, tetapi masih ramai yang memngingati beliau dan mengkagumi beliau..sape lagi ek..ha..christian ling pun same..penyampai yang berkebolehan dalam berbahasa melayu yang sangt baik..sampi sekrang saya masih lagi meminati beliau dan berharap agar ade comeback yang boleh tv 3 buat untuk penyampai yang lagend ni..

    so,..bagi pendapat saya yang x sebarape ni la..zaman sekarang ni,..rupa bukan segala-galanya..bakat, kebolehan, kreativiti, kepantasan, disiplin yang menjadi factor2 yang utama..alau harap muka je cantik, tapi suara alahai,..mcam x makan je..mcmane tu???

    saya bukanlah x puas hati sebab x dapat jadi sebahagian dari peserta..setelah hadir 2 kali ke ujibakat tersebut, hati saya sangt puas..mungkin Allah dah aturkan sesuatu yang baik buat saya..sape tahu..

    so..kita nantikan sahajalah sape wajah-wajah model penyampai ikon..diharapkan mereka2 ni bolehlah membwa perubahan seperti yang dinginkan..jangan harapkan muka je..nak glamer..2 3 bulan pastu blah pulak..ermm..kan sia2 je..

    all the best!!!

    ReplyDelete
  2. salam...
    maaf la klau mencelah....
    saya terima ape yang saudara kata tu..
    tapi saudara tidak boleh beranggapan macam tu..sebab juri yang dipilih bukan dari orang sebarangan...

    mungkin saudara kurang berpuas hati sebab saudara tidak mendapat tempat yang di ingini oleh semua orang itu....

    saya juga kurang bersetuju dengan komen saudara tentang stesen RTM... kalu kita kaji dari sejarahnya..RTM adalah sebuah stesen radia yang sepenuhnya di bawah naungan kerajaan...dan ia berfungsi untuk menyampaikan informasi dan hiburan...

    namun hiburan nya adalah terkawal...
    kita tidak boleh nak samakan RTM dengan ASTRO ataupun yang lain2.... cuba tengok sesuatu tu dari sudut positif k....

    bukan saudara belum ada rezeki untuk join program ni... kalau saudara betul2 seorang yang berbakat dan berkebolehan sepenuhnya dalam bidang pengacaraan...Insya Allah... tuhan itu maha adil.... mungkin rezeki tuan hamba akan ada nanti...n kepada sahabat2 saya diluar sana yang mungkin belum ada rezeki lagi unutk program ni... dont wry...maybe after this... your turn k...

    n saya akan cuba ubah persepsi yang kurang baik tentang RTM... sebab saya adalah salah seorang peserta yang terpilih untuk menyertai program realiti ini... doakan saya berjaya...tq..daaaa... :)

    ReplyDelete
  3. insya allah ada masa yg mana tak berjaya tu akan menemui kejayaan di lain program. jangan cepat marah. saudara memang berkaliber mungkin... tengok AF3, Mawi pada asalnya M.Nasir x nak.. tapi kerana peminat asyik dok chat dan sms, akhirnya ia di terima... satu program realiti.
    sama ngan ni gak, berunsur program realiti.. tapi tak semestinya peminat yang sms untuk jd juri... ni program memerlukan juri yg profesional bagi mememilih orang orang yang bakal menjadi profesional... dengan ini bagi saya cara komen anda adalah bertepatan untuk tidak terpilih, kerana komen anda itu terlalu tidak menepati komen orang orang yang boleh berinteraksi secara profesional, se andainya saudara terpilih, mungkin emosi anda bakal tidak terkawal apabila menerima kritikan atau komen yang berbentuk HANTAM SAJA LAH! mungkin juri yg profesional bukan hanya menilai kepetahan bercakap, tetap sikap dan tingkahlaku sesaorang boleh digambarkan melalui sinar matanya.
    insya allah tuhan membuka pintu hati...
    ikhlas daripada PELAUT TUA yang hanya belajar di SEKOLAH ATAP sekitar tahun tahun 60an.
    LUV YOU ALL...

    ReplyDelete
  4. :)... terima kasih atas komen n nasihat saudara.... i will do my best... thanks a lot fwenzzz... hehe..:)

    ReplyDelete
  5. setuju dgn 1st tadi..salah seorang peserta penyampai ikon dari 17 2 best fren saya..masa saya di bagitau yang dia nak pergi interview saya dah tahu memang tentu dia terpilih..bukan saya seorang je cakap begitu kawan yang lain pun sama..memang di akui dia mempunyai rupa paras persis model..xperlu lagi dinafi,untuk berada dikaca tv sekarang perlu kepada rupa paras yang menarik bak kata pengetuanya perlu yang ade package..walauapapun caiyok la bro untuk kawan saya wish you all the best..hope you will achieve what you after..

    ReplyDelete
  6. Penyampai Ikon memang sangat bagus dabn bermanfaat bukan sahaja bagi mereka yang terpilih menghadiri program tersebut tetapi juga bagi penonton yang menonton. dapat belajar sesuatu.

    ReplyDelete
  7. Penyampai Ikon terutamanya sangat bagus jika ada yang boleh ke Sabah....ganti je penyampai-penyampai Berita Wilayah yang dah tua pas tu tak mau undur diri lagi tu. dahlah tua kerepot mau juga baca news. fed up lah....sarawak lagi ok...ada muka baru.

    ReplyDelete

komen@kutuk