Wednesday, July 29, 2009

AL-FATIHAH

PETIKAN BHARIAN 28 JULY 2009.
MARAN: Lima beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia 11 bulan maut apabila kereta Perodua Kenari dinaiki dirempuh sebuah lori kontena yang terbabas memasuki laluan mereka sebelum diseret kira-kira 80 meter, di Kilometer 77 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, di hadapan Kompleks Rakan Muda, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta yang juga seorang pembantu rendah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA PURUN,TRIANG, Nasarudin Abdul Aziz, 32; isterinya, guru SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN, Fatmawati Harun, 30 dan bayi mereka, Muhammad Nazhif Iman, 11 bulan



Turut terbunuh di tempat kejadian ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, serta adiknya, Mohd Syakirin, 23, dan semua mangsa berasal dari Felda Jengka 5. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata pemandu lori terbabit berusia 39 tahun dari Kuala Lumpur, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala kelindan berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata, lima beranak terbabit dipercayai baru selesai makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran selepas bersiar-siar di bandar ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 5.


MOGA ROH MEREKA DIRAHMATI ALLAH...Bagai mana pula kesudahan hidup kita yer??

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk