Showing posts with label baby stuff. Show all posts
Showing posts with label baby stuff. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

BARUT KERETAPI


salam sejahtera...mak-mak buyong sekelian..heheheheh.. untungnyer korang boleh mengandung kan??cam ner persiapan untuk sambut kelahiran orang baru??barut bayi dah siap???orang KL tak guna barut???mak2 sekelian jangan berangan leh tak??barut tu sangat penting...!!!!nak tau kenapa???

1)dapat elakkan perut bayi kembung akibat masuk angin
2)dapat mengelakkan kesejukan(extra protection)
3)dapat lindung tali pusat bayi yang belum tertanggal dari serangga
seperti semut dan juga dapat elakkan tali pusat tercedera...

sebenarnya hari ni nak tunaikan hajat kawan BUDAK ITAM iaitu KAK IJA yg nak barut nih,,,dekat 2 minggu dia asyik tanya..."barut akak dah siap??"...dan alasan biasa sambil senyum kambing yang dah gosok gigi.."belum la KAK...BZ skang nih.."..huisss... BZ laa sangat kan..??..kepada yang nak buat tuh...jom sama2 kita buat barut bayi atau nama kampungnya 'barut keretapi' (sesuka jer korang kasi nama kan???)

BAHAN2:
1)kain cotton
2)alatan menjahit
3)tali barut(pilihan)

*BUDAK ITAM tak tau nama menda alah nih :)tapi klu ke kedai, cakap jer nak tali ikat barut,sah2 yang ni korang akan dapat ... banyak warna lain seperti pink dan biru 



sais barut bayi yang sesuai(cadangan)
berat bayi 2kg-4.5 kg=lebar 5" dan panjang 18"
berat bayi 4.5kg dan ke atas=lebar 7" dan panjang 20"
BUDAK ITAM lebih suka sais besar sebab boleh guna untuk sais baby yang pelbagai.klu baby tu kecik,lipat jer dibahagian hujung

KAEDAH:

1)tandakan lebar dan panjang kain
gunting kain,(2 keping,tandakan kain1 dan kain2)
tandakan titik tengah kain sebagai A,jarak A-B,A-C,A-D
=jumlah panjang /3

buatkan bulatan yang berpusat A dan mencecah titik B,C,D .
kemudian potong bahagian tersebut untuk mendapatkan lengkuk
*lengkuk ini bertujuan mengelakkan najis terkena pada barut seperti rajah di bawah
 

3)jahitkan 3 keping tali barut pada kain 1 dengan membahagikan lebar barut kepada 3 bahagiandan sama panjang  
*utk membolehkan barut dilipat,3inci kiri dan kanan barut tidak dijahit cantum dengan tali barut...  

4)cantumkan kain 1 dan kain 2 dengan keadaan tali barut di 
bahagian dalam,jahit keliling dan tinggalkan ruang diantara
titik (a) dan (b)

5)terbalikkan kain dengan keadaan tali barut dibahagian luar,jolok bucu barut untuk mengemaskannya.jahit (TUTUP) bahagian (a) dan (b)dan jahit keseluruhan barut untuk mengemaskannya.

6)kemudian barut dibasuh dan diseterikan

ini la contoh barut yang dah siap...


seperti BUDAK ITAM nyatakan tadi,ini la fungsi bahagian lengkuk pada barut bayi..ia bertujuan untuk mengelakkan najis bayi terkene barut. klu tak nak buat lengkuk ni pon tak per...skang ni hujan.. teringin nak makan pengat la..nak g masak jap...
SELAMAT MENJAHIT!!!!


Friday, February 4, 2011

SARUNG BANTAL BABY



SALAM HARI JUMAAT

arini nak berkongsi tentang cara2 nak buat sarung bantal yang mudah ni..sesuai untuk baby yang baru lahir n sarung bantal ni sebenarnya dah lama BUDAK ITAM buat untuk .....




ARINI NUR AINA HUMAIRA aka anak JIJAH...utk JIJAH,tahniah sebab dh dapat baby ...JOM MENJAHIT!!


BAHAN2:
kain 3 keping (1 keping utk bahagian depan,2 keping utk bahagian belakang)
peralatan menjahit


CARA2:


1:ukuran kain = ukur lebar dan panjang bantal tambah basi 1cm keliling
2:untuk bahagian belakang,buat perkara sama dan potong kain kepada 2 bahagian,1 dgn ukuran 1/3 kain dan satu lagi 2/3 kain.cantum bahagian berwarna hijau dan biru seperti dibawah dan jahitkan.letak butang bagi memudahkan bantal kekabu dimasukkan.











3;dengan keadaan kain terbalik,cantumkan bahagian depan dan belakang,kemudiankan terbalikkan semula kain dan jahit ke2-2 kain dengan jarak 1 inci(bahagian bertanda kuning).apabila dah siap,boleh masukkan bantal dan akan jadi seperti di bawah..




keadaan sarung bantal yang agak cacat sebab bantal kat dalam yang agak gemok..:))kenapa x salahkan diri sendiri sebab x pandai menjahit ekk??hehehheheh




selain dari bantal,BUDAK ITAM pon buat tilam dari fiber nih...JIJAH yang request sebab nak letak dalam baby cot katanya..hajat hati nak buat comforter utk budak kecik....tilam dari fiber macam ni tak sesuai digunakan kalau baby dah bertambah berat sebab fiber ni sangat lembut...tenggelam plak baby tu nnt..:):




pada yang masih tak tau apa menda kat atas nih..ni laa yang dipanggil fiber...selalunya digunakan utk membuat comforter dan yang ni jenis tebal...boleh didapati di kedai menjual peralatan jahitan...atau kedai yang menjual kelengkapan perkahwinan




ni laa rupanya bantal dan tilam yang dah siap...harap budak kecik tido lena atas tilam uncle buat ni yer...:))
SELAMAT MENJAHIT MALAYSIA!!




Tuesday, November 30, 2010

BABY PILLOWS (rectangle)

Salam satu Malaysia...
semalam pergi TAR ,gigih
carik fiber untuk bakal
baby Diana yg INSYAALLAH
bakal keluar januari depan.. ...
dan arini,secara rasminya kerja2
menyiapkan set tempat tidur
bakal baby pon bermula...
sebelum tgk hasilnya...
jom arini kita buat bantal 
kekabu 0r fiber...

BAHAN2:
a)kain
b)alatan jahitan
c)kekabu @ fiber

KAEDAH:
1)potong 2 helai kain mengikut
ukuran bantal yang korang mahukan
budak itam guna ukuran
panjang=13 inchi
dan lebar=11inchi
2)jahit kan setiap bahagian dan
tinggalkan bahagaian tidak berjahit
lebih kurang 3 inchi
3)masukkan fiber atau kekabu
(BUDAK ITAM  guna fiber 
yang boleh dibeli kat kedai 
alatan menjahit...
1kg=rm20)


4)jahit bahagian terbuka tadi
dengan jahitan tangan
5)jemur bantal yang telah siap
tadi pada sinaran matahari
v
v
v
v
v
v
v
v


 taraaaa....dah siap pon...
skang masa untuk buat sarung plak...
next entry okeh...:)