Saturday, January 29, 2011

PUDING ROTI



SALAM HARI JUMAAT...


arini nak masak resepi pencuci mulut yang agak senang dan sedap ni...resepi asal diambil dari AKAK ni...dan AKAK ni jugak...


JOM MEMASAK!!


BAHAN2:


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair(Letak 1 tin=400 gm pon ok)
  • 8gram serbuk agar2(letak sebungkus 10 gram)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • sedikit kismis(nak gantikan dengan hirisan buah pon sedap..)


CARA2:

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. sebelum itu,blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan  dalam periuk yang mengandungi agar2 yg sudah didih tadi
  3. Masukkan butter/marjerin dan serbuk koko dan kacau rata sampai mendidih (kalau ada kismis pon boleh masukkan). matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang dan ratakan
  5. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku. Enak dimakan ketika sejuk.letak sos strawberi atau sos castard pon sedap...


dah siap pon...boleh laa dihias mengikut citarasa masing2...makan dengan buahan2 seperti mangga atau strawberi pon sedap...juga sesuai dimakan dengan aiskrim atau mengikut selera masing2..juga enak dimakan begitu saje...sangat lembut...tak payah kunyah lama2...hehehe

SELAMAT MEMASAK!!!

Friday, January 28, 2011

KACANG BOTOL GORENG

SALAM SATU MALAYSIA...


tak der apa nak dicelotehkan kat sini....cuma nak berkongsi resepi kat bawah nih...JOM MEMASAK!!!


BAHAN2;
10 (batang) kacang botol dihiris menyerong
2 tsp kari daging
3 sudu daging kisar
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih.
sekeping tauhu
1/2 kiub ayam
bahan perasa
sebiji telur


CARA2:
1:potong tauhu dan goreng hingga kekuningan,ketepikan
2:tumis bawang kisar
3:masukkan serbuk kari dan kiub ayam dan masak sehingga garing
4:masukkan air dan daging kisar,masak hingga daging masak dan masukkan kacang botol dan bahan perasa
5:pecahkan telur dan masukkan tauhu,masak sehingga sayur layu
6:tutup api dan sedia dihidang.





Satu lagi sajian yang lengkap dengan segala zat yang seimbang...
SELAMAT MEMASAK!!!

Thursday, January 27, 2011

IKAN MASAK CUKA...

SALAM SATU MALAYSIA..


satu lagi resepi mudah dan sangat la senang untuk disediakan...ikan masak cuka nama diberi...nak guna ikan apa2 pon ok....lg sedap klu dpt ikan yang isinya pejal cam ikan tongkol atau tenggiri...ikan kembung pon ok jer...lagi sedap klu dibiarkan lama sebab rasanya lagi sedap apabila rasa masam dan rasa ikan sebati...BUDAK ITAM suka klu ikan digoreng garing..dan kuah akan sedikit gelap sebab ikan yang garing disamping rasa yang lagi best...semua orang ada selera masing2 kn.???JOM MEMASAK




Bahan2:

1 ekor ikan digoreng dahulu 
1 ulas bawang besar-dibelah 4
 2 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-diracik halus
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis-ditumbuk sedikit
3 sudu cuka 
5 biji cili padi-dipotong sedikit bahagian hujung
garam, perasa secukupnya-
air secukupnya

CARA2 nya:


1:tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan biji sawi sampai naik bau.
2:masukkan air dan cuka.
3: kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
4:masukkan ikan, biar mendidih.
5:akhir sekali masukkan cili padi.
6:biar mereneh sebentar dan bolehlah ditutup api.




Kalau guna ikan air tawar spt ikan haruan atau ikan talapia pon sedap.sangat senang disediakan dan sesuai untuk menu bagi kanak2 jugak...
SELAMAT MEMASAK!!!

Tuesday, January 25, 2011

IKAN PARI MASAK HIJAU



SALAM SATU MALAYSIA....

Esok dh kerja..mmm..malas tul nak g kerja kan..???.rasa cam nk duduk umah jer...tapi apakan daya...tak kerja duit pon tak ada...arini nak masak ikan pari yang BUDAK ITAM beli kat  pasar malam td...1st time siang ikan pari...x tau la caranya betul ker tak sebb kat KG mmg tak pernah siang ikan ni...semua mak buat... HUHU..setakat ikan biasa tu pandai la siang...resepi asal dicedok dari sini...dan sini....JOM MEMASAK!!!


BAHAN2:


10 ketul isi ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan


kunyit & garam.

1 sudu besar bawang putih kisar


5 biji cili padi*



1 cm belacan*


2 tbsp cuka*


bahan (*) ditumbuk sekali

3-4 batang daun kari


1 batang cili hijau 


2 sudu kecil serbuk lada hitam


garam & serbuk perasa secukupnya

CARA2:


1:goreng ikan pari hingga garing,toskan minyak


2:tumis bawang putih,masukkan bahan ditumbuk


3:masukkan bahan perasa dan lada hitam


4:masukkan ikan pari goreng


5:gaul sebati dan akhir sekali masukkan cili hijau dan 


daun kari.


6:tutup api dan sedia dihidang.







Dah siap dan sedia dihidang...masalahnyer rumah 


berbau belacan...adoyai...sakit idung aku....biasa


laaa...duduk umah sekangkang kera...serba serbi tak 


kena....ok laa...ngantuk nih...nak tido...


SELAMAT MEMASAK!!!

Sunday, January 23, 2011

MASAK KICAP DAGING DGN SUHUN




SALAM HARI AHAD


arini last day kerja...sok cuti 2 ari,malas tul nak baca buku...sem baru dh start....azam nak dptkn pointer tinggi thn ni  mcm thn lepas jugak laa...berangan lagi....perut lapar nih...JOM MEMASAK!!!


BAHAN2:


250 kg daging (direbus)
sedikit suhun dan pucuk (direndam)
2 biji kentang
25 gm serbuk rempah(seperti kat bwh)





**rempah dibancuh dengan air


2 ulas bawang merah dihiris
2 tangkai cili kering digunting
1cm halia dihiris
1 biji tomato
1 tbsp kicap pekat 
1 tbsp kicap soya cair
minyak 
bahan perasa


CARA2:
1)panaskan minyak dan tumis bawang dan halia,
2)masukkan bancuhan rempah dengan api perlahan sehingga naik bau
3)masukkan kicap dan bahan perasa
4)masukkan kentang dan daging dan masak sehingga empuk
5)masukkan suhun dan pucuk
6)masukkan cili kering
7)tutup api dan masukkan tomato
8)sedia dihidang




*Tak comel betul rupa masak kicap nih..haissshhh...janji masuk perut kenyang...
sesuai dimakan dengan nasik,cicah dengan roti pon sedap...resepi ni ada kentang dan suhun,kuah akan cepat kering,jadi,letak kuah byk2!!


SELAMAT MEMASAK!!!

Saturday, January 22, 2011

MURTABAK MAGGIE



SELAMAT MALAM...


hari rasa mcm tak nak makan nasik...nak makan maggie laaa....nak masak resepi yang senang ni dipanggil murtabak maggie...  
JOM MEMASAK!!!


BAHAN2:


sebungkus maggie + 1/2 perencah maggie
secubit lada hitam
2 tbsp daging cincang
2 biji telur
sebatang hotdog dihiris nipis @ didadu
sebiji bawang kecil diracik halus.
cili padi(kalau suka..)


CARA2:


1:rebus maggie dan toskan airnya.
2:di dalam mangkuk,pukul telur dan masukkan semua bahan dan akhir sekali maggie.
3:panaskan kuali dan masukkan semua adunan dan bentuk adunan seperti segiempat atau seperti bentuk murtabak,
4:balikkan murtabak dan masak sehingga garing
5:sesuai dimakan bersama cili sos dan mayonis...





Pastikan masak dengan api yang perlahan...supaya bahagian dalam masak dengan sempurna





hasilnya murtabak yang mudah dipotong...mmmm...SEDAPPPP...
SELAMAT MEMASAK!!

Thursday, January 20, 2011

SAYUR CAMPUR DAN TOFU TELUR



SELAMAT MALAM MALAYSIA...


menu seterusnya utk malam nih....sayur campur...


yang macam2 ada....sangat meriahhh..sangat senang 


disediakan dan  sayur campur ni pon dh cukup


seimbang dengan semua 


zat dan khasit yang diperlukan oleh tubuh kita....


klu TAK RAJIN tuuu...boleh la cuba...




JOM MEMASAK!!!




BAHAN2:


1 tube tofu digoreng


segenggam sayur kacang peas


1/2 lobak


sedikit bunga kobis


sedikit daging dihiris halus


sebiji telur....


bawang putih untuk menumis...


2 tbsp osyter sauce


2 tbsp light soy sauce


1 tsp tepung jagung


lada hitam secukupnya


garam dan bahan perasa


secawan air



CARA2:


1:panaskan minyak,masukkan bawang putih dan 


seterusnya masukkan semua sauce...


2:masukkan daging dan masak sehingga empuk atau


 sehingga air daging kering.


3:masukkan bahan perasa,lada hitam dan telur.jika 


perlu masukkan sedikit air.


4:masukkan sayuran dan pecahkan telur,jangan


 lupa masukkan tofu yang telah digoreng.utk 


memekatkan kuah,masukkan tepung jagung yang 


telah dibancuh dengan 2 tbsp air.


5:tutup api dan sedia dihidang...








dah siap pon!!!...juga sedap dimakan begitu saja...




SELAMAT MEMASAK!!!




    ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN TIMUN


    selamat malam....
    arini seperti biasa...pergi kerja,>>>balik kerja>>>
    singgah JJ jap....nampak ikan pari...teringin nak makan...JOM MASAK!!!!

    BAHAN2:

    1 ekor ikan pari bersais kecil(dipotong)

    1 biji timun
    1 batang serai, dititik
    1/2 inci lengkuas, dititik
    1/2 inci halia, dititik
    1/2 cawan cili kisar

    sekuntum bunga kantan
    sebiji tomato(belah 4)
    sedikit daun kesom air asam jawa secukup rasa
    Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN KISAR :


    3 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 inci kunyit hidup
    1/2 inci belacan
    1/2 camca teh lada hitam biji



    CARA2:


    1)panaskan minyak dan masukkan bahan kisar,cili kisar,halia,lengkuas dan serai.masak hingga garing kemudian masukkan ikan.


    2)masukkan air asam jawa dan sedikit air mengikut suka hati anda.....jangan lupa bahan perasa dan reneh sehingga ikan  masak.


    3)masukkan bunga kantan dan timun.tidak perlu lama...jika timun dah layu pon boleh tutup api...kemudian masukkan tomato....sedia dihidang...









    dah siap pon!!!
    percubaan pertama yang rasanya berjaya, heheheh...
    utk anak2 bujang sekelian....
    SELAMAT MEMASAK!!

    ROTI JOHN SIMPLE

    SALAM HARI KHAMIS

    sekarang dah jam 1 pagi...baru 
    balik kerja....tak laaa penat tapi 
    rasa sangat bosan!!!!...bosan!!!!! 
    bosan dgn kerja sekarang...tapi 
    kemana harus kutuju???
    mmmm...sabar laaa lagiii...
    perut lapar ni...
    rasa nak makan roti...

    JOM MEMASAK!!!

    Bahan


    Daging kisar ramly sebungkus


    1 1/2 sudu besar rempah kari daging 
    (bancuh dengan sikit air)

    1 sudu kecil serbuk lada hitam

    1 kiub ayam

    2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)

    1/2 labu bawang besar potong kiub-kiub kecik 
    garam,gula,perasa
    telur ayam secukupnya

    roti hotdog



    Cara2 penyedian (daging)

    1)Tumis bawang putih dan bawang 


    besar tadi

    2)masukkan rempah 

    3)masukkan serbuk lada hitam dan 

    perasa serta kiub ayam
    serta masukkan daging 

    4)masak sampai garing

    5)masukkan sedikit air,

    6)masak sehingga bawang lembut
    atau hampir hancur.
    7)tutup api dan sejukkan

    cara2 penyedian  (roti john)
    1)kacau sebiji telur bersama 
    1 tbsp daging yang telah disejukkan
    masukkan sedikit daun sup 
    letak cili padi pon sedap...
    2)tuang bancuhan tadi ke dalam kuali
    ratakan dan letak roti diatasnya..
    masak sehingga garing 


    3)letakkan kobis,timun @ salad
    bersama sos dan mayonis...
    DAH SIAP!!!!!


    sesuai dijadikan sarapan 
    pagi atau yang BZ tuh..
    roti john mudah disediakan 
    dan  boleh dikira lengkap
    dengan zat makanan...
    Kanak2 pon mesti suka 
    dengan rasanya...
    SELAMAT MEMASAK!!!

    Wednesday, January 19, 2011

    MASAK LEMAK LABU DGN TULANG IKAN


    Masak lemak lagi????
    mmm...itu jerlah yang cepat dan senang 
    serta yang aku tau masak.....
    yang advance2 tu mmg aku X tau...
    memandangkan labu masih 
    ada separuh lagi dalam peti
    ais tuh...nak masak labu laa...
    JOM MEMASAK


    BAHAN2:

    2oogm tulang ikan merah

    1/2 kg labu

    2 ulas bawang putih*

    1/2 labu bawang*

    5 biji cili padi*

    2 cawan air atau lebih*

    sebatang serai

    serbuk kunyit,garam,perasa.

    2 keping asam gelugor

    1 cawan santan

    2 cawan air atau lebih


    CARA2:


    1:labu direbus sehingga lembut

    2: bahan2 bertanda (*) dikisar ,

    dimasukkan dalam periuk

    bersama air,santan , 

    serai(diketuk) serta tulang ikan. 

    masak sehingga mendidih,

    3)masukkan perasa dan kunyit

    dan terus dikacau untuk elakkan 

    pecah minyak

    5)akhir sekali masukkan labu ,kacau,


    dan tutup api.








    Dah siap pon...menu 


    ringkas jer..nak canggih2


    tak reti lagi....:)


    SELAMAT MEMASAK!!!