Tuesday, March 29, 2011

KHASIAT TEMPE


SALAM HARI SELASA
arini nak share tentang satu makanan feveret masyarakat jawa iaitu tempe atau tempeh..dan sudah tentunya menjadi hidangan wajib khusunya kalau pergi kenduri  masyarakat JAWA dan ada kawan BUDAK ITAM yang cakap kalau seminggu tak makan tempe 'tak sempurna hidup'..katanya...Enhanced by Smiley Central .BUDAK ITAM jarang makan tempe sebab bukan makanan RUJI dalam keluarga tapi sekali-sekala teringan plak nak makan... tapi sebelum tuh jom kita tgk tentang antara khasiat tempe ni..
1.Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna dan amat baik untuk usus
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan yang dapat menurunkan tekanan darah.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi pesakit dengan masalah jantung.
4. Zat yang terdapat  pada tempe seperti zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein,dan vitamin B12 dapat mengurangkan risiko anemia yang berpunca dari kadar hemoglobin yang rendah.
5.kajian pakar pemakanan menunjukkan bahawa tempe mengandungi sejenis  anti bakteria yang diihasilka oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antara antibiotik semulajadi yang bermanfaat bagi mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan bakteria.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda (
Polyunsaturated fatty acid)
pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol.

7. Memiliki sifat anti oksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser
8. Mencegah hipertensi (hypertension)
9.Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
arini nak share satu resepi yang berkaitan dengan tempe iaitu sambal tempe..JOM MEMASAK..!!
Bahan2:

Sepeket tempe(dihiris halus dan digoreng)
Segengam ikan bilis(digoreng)
segengam kacang tanah(digoreng)
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-caranya:-
  • Blender cili kering dan bawang.
  • Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula serta sedikit belacan.perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak dan masukkan garam dan gula.
  • seterusnya masukkan kacang,tempe dan ikan bilis,kacau sehingga sebati dan sambal agak kering.tutup api dan boleh dihidang

selain sedap makan dengan nasik...sambal tempe ni jugak sedap dimakan begitu saja..pada yang tak suka belacan,boleh diganti dengan udang kering dan kalau tak letak pon x per...SELAMAT MEMASAK..!!!

Monday, March 28, 2011

PANCAKES aka LEMPENG OMPUTIH

SALAM SATU MALAYSIA...

pernah bilang berapa kasut yang korang2 semua ada???mungkin bagi yang kategori 'biasa2' mcm BUDAK ITAM ni...x sampai 5 pon kasut dalam simpanan peribadi tapi klu bagi org pompuan khasnya ...sah2 lebih dari 5 kan???secara amnya terdapat dua KATEGORI kasut...jangan salah baca yer....KATEGORI ...bukan JENIS2 kasut...kategori pertama ialah kasut fesyen atau FASHION SHOES...


ciri utama pada kasut seperti ini ialah cantik dan unik..material yang digunakan juga pelbagai...ramai yang juga mengeluh apabila beli kasut..."nice but not comfortable"...itu ciri utama KEBANYAKAN kasut fesyen...bayang kan kasut dengan tumit 5 inci....tanpa platform....arrrgghhhh...biar merana asalkan bergaya???bagi wanita yang nak nampak cantik mungkin sanggup memakainya...


antara jenama kasut yang boleh dikategorikan sebagai FASHION SHOES seperti CHARLE & KEITH,GUESS,9 WEST dan sebagainya
KATEGORI ke2 pula ialah kasut 'selesa' atau COMFORT SHOES...dan bagi mereka yang bermulut nakal...ada yang menggelarnyer kasut UNTIE2 atau kasut PEREMPUAN GEMOK...ciri utama pada kasut seperti ini ialah...rekaan (design) dan rupa bentuk kasut adalah berdasarkan bentuk kaki pengguna dan apabila dipakai bentuk tapak kaki seolah-olah sedang memijak lantai (rata)...kasut seperti ini juga biasanya mempunyai  'cushion' tambahan bagi menyokong tapak kaki apabila bergerak


rupa bentuk kasut juga selalunya adalah rekaan  asas tanpa warna atau aksesori yang keterlaluan..tidak seperti kasut fesyen.golongan yang biasa memilih kasut seperti ini ialah mereka yang mempunyai masalah sendi terutamanya warga tua atau mereka yang memilih keselesaan lebih dari kecantikan..
arini nak kongsi satu lagi resepi mudah dan agak sedap dimakan...terdapat mcm2 cara nak buat pancake atau lempeng omputih nih...resepi kali ni paling mudah dan juga adalah pancake yg paling asas...bahan2 mudah didapati dan tak mengambil masa yang lama utk disediakan...JOM MEMASAK..!!

Ingredients:
2 eggs
2 cups flour
2 tablespoons sugar
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
2 cups buttermilk
4 tablespoons butter
½ teaspoons vanilla extract
oil or cooking spray (for cooking
)




Step 1: In a large bowl beat eggs. Add buttermilk, butter and vanilla and mix well. Add flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt. Mix well until smooth and let batter set for a few minutes.
Step 2: Heat griddle or pan over medium heat. Brush lightly with oil or spray with cooking spray. You can test to see if the pan is hot enough by adding a few drops of water, if  or when the drops start to dance its hot enough.  
Step 3: Pour ¼ cup of batter onto the griddle. Cook on the first side until bubbles that form start to pop. You can also gently lift up the pancake to make sure the bottom is not overcooking, if it is the pan may be too hot and you will need to adjust the heat. Flip the pancake over with a spatula and cook until golden brown. Repeat until all the batter is gone.




selain makan dengan susu,boleh jugak makan dengan madu...x lupa kuah kari atau sambal ikan biliss..mmmmm sedapnyaaa...SELAMAT MEMASAK...!!:)

Tuesday, March 22, 2011

BULAN BESAR

SALAM SATU MALAYSIA...

arini nak bercerita ttg bulan besar atau dikenali sebagai SUPERMOON atau MEGAMOON yang merujuk kepada satu lagi fenomena yang berkaitan dengan bulan selain dari gerhana bulan yang mungkin biasa kita dengar dan pernah lihat. sebenarnya SUPERMOON ni telah berlaku pada 19 mac yang lalu tapi mungkin tak der rezeki nk tgk bulan ni secara 'live'..sedar2 jer dah 20 aribulan...lorrr...melepassss... Enhanced by Smiley Central

 

Apogee dan perigee merujuk kepada jarak diantara bumi dan bulan. Apogee adalah jarak terjauh antara bumi dan bulan manakala perigee pula merujuk kepada jarak yang paling hampir diantara bumi dan bulan yang sekaligus menyebabkan fenomena yang dikatakan sebagai SUPERMOON yang menyebabkan bulan kelihatan sangat..sangat...sangat laaa besar dari sais yang biasa kita lihat.mengikut rekod(sila baca ala2 KARAM SINGH WALIA sambil angkat tangan sebelah..),jarak antara bumi dan bulan yang lazim ialah 410,000 kilometer tetapi jarak semasa berlakunya perigee adalah 356,575.Kejadian pertama dikatakan berlaku pada 1993 dan seterusnya dijangka berlaku pada 14 november 2016.




Disebabkan kejadian pasang surut air laut ada kaitannya dengan bulan dan tarikan graviti,kejadian Tsunami di Jepun turut dikaitkan dengan kejadian supermoon ni tapi tiada bukti atau kajian yang saintifik yang boleh mengaitkan kedua-dua peristiwa nih bahkan jarak diantara bumi dan bulan ialah 396.500 kilometer ketika Tsunami di Jepun berlaku..kebenarannya hanya ALLAH yang tahu...
arini nak share satu lagi resepi kategori ulang tayang...Enhanced by Smiley Central kuih ketayap atau dipanggil juga kuih dadar...senang dan sedap dimakan...JOM MEMASAK..!!



Bahan A (kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan @ pewarna kesukaan anda
1 1/2 cawan susu cair atau santan atau air suam pon boleh
1 sudu teh garam,
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B(Inti)

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung
(tak letak pon tak per..)

cara2:

1. Untuk inti: cairkan gula dan air hingga hancur dan pekat,masukkan kelapa,kacau sebati dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan inti.

(boleh tambah gula klu nk manis)


2. Untuk kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis

3. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadidan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.Masak sehingga 2-3 minit, atau sehingga semua permukaan masak.

4.angkat kulit ketayap dan letakkan di permukaan rata,letakkan inti dan lipat sedikit bahagian kiri dan kanan,gulung sehingga hujung






untuk menampakkan efek yang sangat gedik...kali ni letak pewarna biru...hehehe




mungkin bagi yang suka,inti boleh la dimasak dan tidak terlalu kering dan biarkannya agak lembab.rasanya pon sedap macam ada 'juice'...SELAMAT MEMASAK..

WORLD WATER DAY 2010


22 march setiap tahun adalah HARI AIR SEDUNIA sebagai tanda memperingati dan meningkatkan kesedaran kepentingan air dalam kehidupan manusia. Kemiskinan atau tahap kemunduran sesebuah negara juga boleh diukur berdasarkar tahap dan kualiti penyediaan perkhidmatan yang berkaitan air.




gambar diatas adalah seorang wanita dari sebuah daerah di Uganda iaitu Sironko.Rutin harian wanita ini agak berbeza dengan rutin harian wanita di Malaysia pada hari ini,wanita diatas terpaksa bangun awal pagi untuk mengambil air,menyimpan serta mengagihkannya untuk kegunaan harian dirumah.Dia juga hidup dalam persekitaran hidup yang serba mendesak dengan kekurangan sumber pendapatan dan cara hidup yang jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan kita di Malaysia .Usah cerita tentang makanan atau pakaian...air pun masih lagi menjadi persoalan...



Slogan WATER FOR LIFE mungkin amat tepat untuk menggambarkan penderitaan dan kesusahan mereka yang begitu memerlukan air sebagai sumber utama dalam meneruskan kehidupan.



Bagi kita yang dikurniakan persekitaran hidup yang lebih sempurna berbanding wanita tadi seharusnya bersyukur dan menghargai air sebagai satu anugerah kehidupan dengan amalan berjimat cermat dan mengelakkan berlaku pembaziran.DAH MANDI???....Enhanced by Smiley Central 

arini nak kongsi resepi mudah dan berkhasiat ni...kerabu ikan kacang kelisa
JOM MEMASAK..!!!


Bahan2 
3 ekor ikan kembong rebus (rebus ikan bersama asam keping, garam) 
7 ~ 8 biji kacang botor / kacang kelisa ~ dihiris secukupnya
1 biji bawang besar ~ mayang halus 
6 biji cili padi ~ hiris halus 
1 batang serai ~ hiris halus 
1 biji limau kasturi 
sos ikan secukupnya
2 biji tomato dihiris nipis 
serbuk perasa jika suka 
sedikit gula 

Cara2 
1. rebus ikan dan asingkan tulangnya. 
2. Tumbuk isi ikan separuh lumat. 
3. Campurkan semua bahan2 yg ada diatas dan perasakan dengan jus limau, garam, serbuk perasa dan sos ikan serta  sikit gula mengikut citarasa anda. kacang kelisa boleh dicelur seketika jika tak suka rasa pahit pada kacang tapi jangan terlalu lama nnt kacang lembik dan tak rangup.




selain dari kacang kelisa,boleh digantikan juga dengan pucuk ubi,pucuk mengkudu dan jantung pisang...nak g mandi Enhanced by Smiley Central  SELAMAT MEMASAK!!!...  

Monday, March 21, 2011

HIDUP CARA JEPUN

SALAM SATU MALAYSIA...

arini dah masuk hampir 3 minggu Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami,kagum dan sangat teruja dengan semangat dan ketabahan rakyat Jepun dalam berhadapan situasi yang boleh dianggap darurat macam ni...
sikap berdisplin rakyat Jepun terserlah dari setiap aspek khusunya dalam pengurusan bencana..Lihat saja foto kat bawah ni..walaupun dalam keadaan yang serba mendesak..mereka masih lagi boleh beratur dan sabar menunggu giliran masing-masing untuk menerima bantuan..




Alangkah bagusnya budaya ini ada dalam diri setiap rakyat Malaysia tapi itu rasanya angan2 yang entah bila akan tercapai kan???...nak naik bas atau pengangkutan awam pon berebut-rebut,inikan pula dalam situasi bencana besar macam nih...Mampukah kita mengharungi nya???..
arini nak kongsi resepi mudah dan senang nak disediakan nih..BIHUN GORENG..JOM MEMASAK...!!


BAHAN2:


600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis]
200 gm sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racikkan]
3 s/b minyak

10 biji fish ball
3 keping fish cake
sedikit kicap masin

sedikit cuka
3 tbsp sos cili
air

Bahan mesin
6 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukan sos cili dan kicap serta  daging dan kacau rata.
3.masak sehingga daging empuk.jika perlu masukkan sedikit air.
4. masukkan fish ball dan fish cake,masukkan juga bihun dan kacau rata
5. Bila nampak bihun lembut masukkan kobis dan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut.
7.masukkan cuka dan bahan perasa secukupnya

8.boleh dihidang bersama telur goreng,hirisan daun sup dan juga bawang goreng.




satu lagi hidangan senang dan sedap untuk disediakan...SELAMAT MEMASAK..!!:)


Monday, March 14, 2011

TSUNAMI BUKAN PROPAGANDA MURAHAN

SALAM SATU MALAYSIA...

Sepanjang mgu ...bukak tv..radio...internet...surat khabar semua nya citer ttg tsunami kat JEPON...antara isu yang paling ditakuti ialah kebocoran reaktor nuklear yang dikhuatiri akan menyebabkan BENCANA....adakah itu dikatakan sebagai propaganda..???..melalui sejarah kewartawanan...propaganda sebenarnya telah wujud beribu  thn yang lalu ketika manusia mula2 mengenali dakwat dan juga bentuk tulisan sebagai medium komunikasi....sooo.... dari sudut kewartawanan juga menyatakan propaganda bukannya bersamaan dengan fitnah..kerana fitnah adalah sesuatu yang direka dan TERBUKTI tidak benar...jadi...segala yang dikatakan sebagai propaganda dikategori kan sebagai maklumat sama ada sudah terbukti kebenarannya atau pon tidak dalam peribahasa melayu di panggil KHABAR ANGIN...dari pelbagai sudut...propaganda ada keburukan dan kebaikkann seperti menimbulkan rasa panik seperti khabar angin menyatakan tiupan angin ke MALAYSIA dari Jepon membawa bersama bahan radioaktif yang terkandung dalam awan seterusnya menjadi hujan asid...tak kurang juga khabar angin menyatakan akan berlaku tsunami di Malaysia...itu juga bukan propaganda kategori murahan .tapi boleh dikategorikan sebagai kategori 'MAHALAN' sebab negara kita sememangnya berisiko utk menerima tempias tsunami apatah lagi kedudukan JEPUN dan MALAYSIA dalam kedudukan geografi yang hampir sama....tapi kebaikkan propaganda juga tidak boleh dipertikaikan...kesan darinya menyebabkan ramai yang berwaspada...tgk saja kat FB..ramai yang buat posting ttg kejadian ni..


tak kurang jugak blog yang buat N3 mengenainya... SYABAS KEPADA ANDA..!!!secara tidak langsung..propaganda anda turut memberikan kesedaran kepada orang lain untuk berwaspada..tapi jgn buat yang bukan2 yer...sebab blog bukan tempat nak mencarut dan menfitnah...dan jangan lupa terdapat undang2 yang boleh dikenakan kepada anda yang menggunakan BLOG untuk tujuan yang salah...dan ramai jugak yang bersatu hati membantah karikatur dari  sebuah akhbar ni....


oltomen lari dari tsunami???satu bentuk sendaan yang tidak boleh diterima dan sangat memalukan negara...inikah cara kita menunjukkan sokongan terhadap mereka yang dalam kesusahan??


rasanya gambar ni lagi sesuai untuk menggambarkan kesedihan rakyat Jepun..betol x???dan rasanya ia bukanlah utk menggambarkan penghinaan atau sendaan tapi menggambarkan perasaan simpati dalam konsep kejiranan asean...
mmmm..cukup la membebel utk malam nih...harini nak kongsi resepi MAGGIE SUP PEDAS yang senang dan MURAH ni...JOM MEMASAK!!!

Bahan-bahan :
  • 500 gm daging lembu
  • 1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 3 biji tomato yang dah ranum
  • Garam dan gula secukupnya
  • 5 biji cendawan dihiris 
  • sedikit kobis
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun bawang
  • Air secukupnya

Cara-cara :

  1. Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, daging dan garam.
  2. Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan bahan perasa, bawang besar dan cili padi,tomato,kobis dan cendawan. Masak lagi untuk beberapa minit.
  3. Setelah masak,boleh dihidangkan bersama mee segera yang telah direbus terlebih dahulu hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


dah kenyang...dan masa untuk tido pon dah sampai..SELAMAT MEMASAK MALAYSIA..!!

**artikel diatas HANYA PANDANGAN DAN PENDAPAT PENULIS dan tidak boleh dibawa ke mahkamah sebagai bukti pendakwaan**:)

Wednesday, March 9, 2011

IKAN TIGA RASA

SALAM HARI RABU...

sejak 2 menjak ni mood nk makan nasik mmg kurang...tak tau la apa ke hal dan penyakitnyer...asyik nak jadik kucing jer...tak pon makan menda lain selain dari nasik...mee ker...laksa ker...apa2 jer tapi bukan nasik...penat rasanya makan nasik tuh...macam la makan sebutir-sebutirkan???mungkin jugak klu nak makan nasik ni hati nak kene happy kan...gembira dan berbunga-bunga ala2 bercinta utk kali pertama..:)arini nak kongsi resepi ikan masak tiga rasa nih...seperti biasa...ratah macam tu saje...JOM MEMASAK...!!



Bahan A :
  • 2 ekor ikan (ikan bawal @ siakap @ apa2 saje)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3cm halia 
  • sebatang serai dititik
Bahan B (Untuk Sos) :
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 tbsp cili kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • garam secukup rasa
Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • sedikit nenas dipotong kiub
Cara-cara :
  1. Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung  hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang telah dihris hingga kekuning2an.
  3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.Kalau nak lagi masam...boleh perah air limau


    sekelip mata jer ikan ni dah siap diratah,,,huhuh...nak sambung buat asignmnet nih...chaiyok...chaiyokk...SELAMAT MEMASAK!!!!

UDANG MARJERIN


SALAM SATU MALAYSIA..

seperti ari2 yang lepas...masih dalam proses menyiapkan assignment...arini jugak dah masuk hari ke 4 tak makan nasik...selera tak der..rasanya nak jer menjerit macam ni...MAMPOOO??


arini nak kongsi resepi mudah ni...rasanya pon sedap..JOM MEMASAK!!!


Bahan-bahan ( - )

* 300 gram udang
* 5-7 helai daun kari
* 2-3 biji cili padi
* 100ml susu cair
* 50gram butter (BUDAK ITAM letak marjerin)
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. bersihkan udang dan toskan airnya.

2.masukkan udang dalam kuali tanpa minyak.goreng seketika hingga air pada udang kering dan udang berubah kemerahan
3. Cairkan mentega dalam kuali lain
4. Bila dah berbuih, masukkan susu cair. Kacau sebati sehingga agak pekat.
5. Kemudian masukkan garam, gula, cili padi, daun kari dan udang. Gaul rata dan tutup api.
6. Kalo suka, boleh taburkan cheese.





udang ni sedap dimakan begitu saja..tak makan dengan nasik pon tak per tapi tak cukup laa...nak lagiii...:)..
SELAMAT MEMASAK!!

KEK COKLAT KUKUS VERSI 2

SELAMAT PAGI MALAYSIA

Skang dah jam 4 pagi tapi masih lagi jadi burung antu sebab gara2 asignmnet masih banyak tak siap..nak kata separuh jalan pon bukan la rasanya..terlalu banyak nak disiapkan...ini la penyakit bila buat asignmnet..suka buat last2 minit,,tapi tetap bersemangat nak buat ...:)...sambil2 buat asignmnet nak share resepi kek kukus ni...resepi asal boleh terjah kat SINI..sebelum ni mmg penah buat kek kukus tapi rasanya lagi suka kek versi ni sebab rasanya lagi sedap dan tak cepat keras walau letak dalam peti sejuk berhari-hari pon...JOM MENGUKUS!!!


BAHAN2:

1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat 
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 tepung gandum
3 biji telur
1 tsp soda bikarbonat 
1 tsp baking powder

CARA2:

  1. Ayak tepung bersama bahan penaik
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

kalini letak topping coklat putih....cairkan jer coklat putih guna kaedah double boiler...warne kek ni sangat gelap ..mungkin sebab guna susu coklat...


seperti biasa..ni jerlah deco yg pandai,,ahakss...ada sket lagi dalam peti ais boleh la buat sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam...sib baik badan x mcm kek..:)...SELAMAT MEMASAK!!!