Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Kek Sarang Semut @ Gula Hangus

Assalamualaikum 

Salam hari jumaat penghulu segala hari...
arini aku nak share satu lagi resepi...kek sarang semut @ gula hangus.
bagi aku kek ni mmg sedap n senang nak buat..tak perlu nak guna mixer..
main campur jer bahan2..nak sukat pon senang...aku dah buat 3 kali guna 

resepi yang sama.resepi asal amik kat Sini...Jom memasak!!!

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.




untuk dapatkan kek yang berlubang cantik,perap adunan lebih dari 2 jam.
kalau nak itam lagi..gula tu kene masak lama sket..ikut la selera masing


kalau suka berminyak,boleh letak lebih marjerin.2 sudu pon aku rasa dah berminyak.
kali ke2 guna resepi yang sama,aku letak hirisan kurma..sedap gak tapi manis sket


kek ni senang nak buat..tak leceh sangat..sesuai untuk sarapan pagi
or minum petang..SELAMAT MENCUBA!!:)

Basic Butter Cake

Salam,

resepi seterusnya untuk arini ialah Butter cake...ingat lagi klu kat kg. masa 
kecik2 dulu,ni laa kek feberet utk masuk list akak2 aku klu waktu raya
masa dulu x gune mixerr,main kacau guna senduk jer..rasa still sama.
jom memasak!!!

resepi asal cedok kat SINI


BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu fresh milk
210 gm tepung gandum -diayak
1 sudu kecil serbuk penaik-diayak dgn tepung
sedikit pewarna coklat 


CARA2:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.bahagikan adunan kepada 2.1 adunan letak pewarna coklat.

- Tuangkan adunan ke dalam acuan  selang seli-aku guna sudu jer.yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 - 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

-Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.


baru kuar oven,ada jerawat...,bau wangi,,,suke2...



ni bahagian vontot...:)


dah siap potong,konon2 nak wat tompok2 cam lembu..ni jer mampu..hahhah
SELAMAT MEMASAK!!!

Thursday, November 15, 2012

IDOP LAGI..

Assalamulaikum...

tengok entry pon dah tau aku nak cakap apa kan???Alhamdulillah..idop lagi..ahahhahah..
terima kasih kat kengkorang yang lawat blog hidop segan mamposs x nak aku nih...
seperti biasa...blog aku ni blog rojak n mcm2 ada...utk arini aku nak tepek resepi2 yang aku dah cuba
Alhamdulillah..tekak aku leh menerima rasanya...Selamat mencuba..:)

resepi ni mmg senang dan sesuai pada yang suka carrot.boleh gak dicampur ngn epal hijau
ikut selera masing2,kalau aku,lebih suka parut separuh kasar dan separuh lagi halus...nak parut halus or kasar semua pon ok...resepi asal cedok kat SINI,frosting lak sedok kat SNI.

KEK LOBAK MERAH
Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara


Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis,garam dan ayak.


dalam bekas yang agak besar,Pukul telur dan gula sehingga sebati  Setelah sebati, masukkan minyak dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.


Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati


Masukkan parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam mengikut suhu oven masing2.



kek ni sangat lembab dan aku x syorkan korang letak dalam peti ais...


kek ni agak berat dan mengenyangkan..:)

untuk frosting or deco bolehhlah guna resepi kat bawah,sebelum deco,masukkan dalam peti ais sekejap supaya cheese lebih keras.



Taraaa..bukan susah pon nak buat...tapi kene rajin2 kan la diri..hahahh..deco yang comot..tapi sendiri buat sendiri makan...SELAMAT MENCUBA>> :)

Tuesday, August 9, 2011

KEK BUAH KUKUS


SALAM HARI SELASA,

Alhamdulillah,arini dah masuk ari k9 kita semua berpuasa,moga puasa kita diterima YANG ESA.sebenarnya sok ada exam,tapi kemalasan melanda,sangat malas nak baca buku dan mata asyik mengantuk jer...haisshhh..susah betul klu penyakit M melanda kan...malam ni nak kongsi satu resepi yang amat mudah disediakan...JOM MEMASAK..!!

BAHAN2 :
100 gm buah-buahan campuran kering- ikut citarasa
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1/2 cawan gula hangus
 (1/2 cawan gula pasir, dihanguskan dan dicampur 1/2 cawan air- biar cair)
1 cawan gula castor (boleh kurangkan)
170 gm mentega

KAEDAH:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. Lenser dan alas dengan kertas minyak.

2. Masukkan mentega dan gula pasir di dalam mangkuk. Gaul hingga gula hancur.

3. Masukkan telur, gula hangus, tepung dan buah-buahan campuran. Gaul rata hingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil .Kukus selama 1 jam atau bergantung kepada bahan yang digunakan.

5. Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan sebelum dipotong.


boleh tambah parutan kulit lemon utk menaikkan bau kek.dan kek ni sepatutnya lagi gelap dari pic kat atas..mungkin sebab warna gula perang yang x beberapa nak perang sebab takut terhangit...


Kek ni sangat mudah dan mungkin boleh dimasukkan dalam list utuk hari raya..oklah nak sambung baca buku..hehehh...SELAMAT MEMASAK...

Monday, May 23, 2011

KEK PISANG KUKUS



macam dah jadi trademark lak blog aku ni update jarang2..pastu entry dah basi...peduli kan sajer,,janji update ...hahhaa...2 mgu lepas ke PD untuk sessi menghitam kan kulit....tapi mmg aku tak puas ati sebab tak dapat mandi lama2 sebab ada ikan2 duyung yang nak balik awal...dah namanya menompang..ikut jerlah kan...jangan banyak songehh...



destinasi dituju...TELOK KEMANG....




Tak la cantik sangat klu nak banding pantai lain...tapi mmg aman kat sini...
tak ramai orang...tapi air kat sini tak bersih sangat...




menu utama dan wajib kalau g berkelah..ayam bakar...




aku klu dpt makan mmg buruk rupanya...hahhaa



mmg rugi klu ke pantai klu tak berendam...
sila abaikan wane kulit yang amat rentung selepas berendam...
janji puas..



aktiviti seterusnya adalah melayan budak kecik main pasir...
dah lama tak main pasir cam nih...korang nampak tak???
model kat depan tuhh mmg putih kulitnyer..
jelesss...




lepas 2-3 ari masih terasa sakit badan...mungkin sebab 
syok sangat berendan n main lawan2 dengan ombak...
arini nak share satu resepi mudah...siyee mudah aku cakap...
bahan2 leh kisar dalam blender jer...pastu masukkan tepung...
kukuss>>>siappp>>>sejukkan>>>ngapppp.>>>errkkkkk


 Bahan-bahan:

2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cawan pisang dilecek
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen pisang
3/4 cawan gula 

Cara(cara lambat utk mereka yang rajin)

1)Ayak tepung gandum,soda dan baking

2)Dalam bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang


3)Kemudian masukkan pisang lecek,gula,minyak.Putar lagi sampai sebati


4)Masukkan gandum sedikit demi sedikit.Putar lagi.


5)Akhir sekali tambahkan esen pisang

6)Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40 minit 



7)Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


ni la rupenyer kek yang dah siap..baunya mmg harum...
kalau bagi mereka yang tak la rajin..boleh jer blend semua 
bahan2 kecuali tepung dan bahan penaik.
seterusnya masukkan bahan yang di blend ke dalam 
mangkuk yang berisi tepung dan bahan penaik
kacau hingga sebati dan boleh la di kukus



mungkin rasa kek lagi sedap kalau dibakar...
kek ni putih jer sebab pisang tak ranum sangat..
sooo...lain kali beli laa pisang yang ranum dan 
kehitaman...pisang tu plak pastikan pisang yang 
bersesuaian...




sesuai utk buat sarapan dan minum petang..SELAMAT MEMASAK!!!

Monday, January 17, 2011

KEK BATIK BISKUT MARIE VERSI 2


SALAM SATU MALAYSIA...

Semalam jenjalan kat blog nih
sedap plak tgk kek batik versi ni
sangat cantik dan menggoda
jom masak!!!



Bahan2 :

200gm milo

250gm butter

3 sudu makan serbuk koko

1 tin kecil susu pekat manis

biskut meri secukupnya


Cara-cara:

1) masukkan semua bahan 

kecuali  biskut merie,

kacau sehingga sebati dan pekat


atas api sederhana.

2)setelah pekat susun biskut 

meri lapis ngan coklat

 selapis demi selapis 

sehingga habis.





3)taburkan milo atau 

coklat rice sebagai hiasan







4)masukkan dalam peti ais

5)potong dan boleh dihidang...






*dari pandangan atas yang sangat sesuatu...





*dari pandangan sisi 
yang senget benget.......
sila abaikan paras rupa...
yang penting baik budi bahasa...
ehhhh,,,bukan...
yang penting masuk perut kenyang...
EEERRRKKKK...SELAMAT MEMASAK...

Monday, January 10, 2011

KEK BATIK BISKUT MARIE


SALAM SATU MALAYSIA...

teringat zaman kanak2 dulu
waktu kek batik nih tengah 
femes...Kakak BUDAK ITAM
yang memperkenalkn kek ni dlm 
keluarga kitorang...
1st time rasa mmg sedap...
sampai ulang2 buat dalam 
sehari 3 bijik...
senang dan mudah...
pada yang baru berjinak-jinak 
nak pegang sudip n senduk tuh..
jom cuba resepi ni...


BAHAN-BAHANNYA :


250 gram 
biskut marie dipatahkan
(atau lebih mengikut kecairan)


125 gram mentega


2 biji telur gred A, dipukul sedikit


3/4 cawan susu pekat manis


1 camca besar gula
(tak letak pon ok)


1/2 cawan MILO


1 1/2 camca besar penuh serbuk koko


1/4 cawan air


3/4 camca teh esen vanilla

(tak letak pon takper..)

CARA2:

1:satukan semua bahan kecuali
biskut marie




2:masak sehingga sebati atau pekat 
atas api sederhana sambil 
dikacau

3:matikan api,masukan biskut marie 
dan kacau sebati



4:masukkan dalam dulang atau 
bekas,tekan hingga padat



5:untuk hiasan,taburkan sedikit
milo atas permukaan kek tadi

6:sejukkan sebelum boleh dipotong.


...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


taraaaa....dah siap pon
dan sedia untuk dimakan...
selamat memasak!!!!