Tuesday, April 26, 2011

PUDING KARAMEL @ GULA HANGUS

SALAM SATU MALAYSIA..


arini dah masuk 26 aribulan..beberapa ari jer lagi nak jadik hujung bulan 5...entry kedua bulan nih,,,,hahhahah..agak bersawang blog nih akibat kemalasan yang menjadi-jadi...
arini nak kongsi satu lagi pencucui mulut yang sedap dan mudah nak buat nih..resepi asal boleh dilihat kat SINI.. JOM MEMASAK..!!


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila
sehelai daun pandan


Bahan B:
1 cawan gula bersama 1 cawan air


CARA2:
Bahan B;
panaskan gula bersama air dengan api sederhana dan masak hingga air gula berubah warna keperangan dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika


Bahan A:
1:Ramas telur bersama daun pandan untuk kurangkan bau hanyir dan masukkan semua bahan A dan dikacau sebati.kemudian tapis dan masukkan ke dalam loyang yang berisi bahan B,
2:Kukus untuk kira2 20 minit dengan api sederhana
3:keluarkan dari kukusan dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais dan boleh dihidang.




puding ni juga sedapp dimakan bersama buah2 an dalam tin...SELAMAT MEMASAK!!!

Monday, April 11, 2011

La Tahzan...Jangan Bersedih

SALAM SATU MALAYSIA ..


dah bersawang blog nih...kesian kan...nak buat macamana...tuan punya sangat la malas nak mengupdate dan tengah bersedih sebab ada final exam....tak tau la kenapa setiap kali ada final exam jer mula laaa rasa nak sedih nak pula bila dikenangkan dengan  pointer yang macam hidup segan mati tau mau itu...SOB..SOBB..SOBB..tapi tak baik kan sedih2 camnih..hidup harus diteruskan...LA TAHZAN!!!

arini nak berkongsi satu lagi resepi tradisional yang mmg kurang menjadi dari segi bentuk bentuk dan rupanya yang agak menggerikan..maklumlah..'SAYA BUDAK MASIH BLAJA'..HAHAHAH..KLAU ORANG LAIN BUAT MESTI CANTIK JER BENTUK BULAT NYA...KALAU ORANG LAIN BUAT KENAPA TAK MELETOP EKK???.setelah di post motem  dilakukan ,bebebrapa faktor alam semulajadi di kenal pasti sebagai faktor KUIH BOM aka ONDE-ONDE ni sama sekali tak sama bentuk n rupanya SEPERTI:

sebaiknya kuih terus digoreng setiap kali siap digolek atas bijan.(dah siap di golek dan konfiden kuih tu jadi..boleh lak g layan xtube dulu..korek2 idung dulu ker..pastu baru la g goreng kuih...mesti kuih ni merajuk kan...hahahha..)

Minyak jangan terlalu panas.(OHOO....lupa nak celup jari dalam minyak tuh tapi memang ada asap..hehehe)


minyak  jangan pula tidak cukup panas kerana nanti kuih akan menyerap minyak.(yang ni berjaya kot...kuih tak menyerap minyak)

Kuih mesti digoreng terendam (deep fry).(kesengalan melanda....kaedah menggoreng ikan bilis digunakan..hahaha..)


Bahan untuk doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gamdum
1 sudu kecil air kapur (TAK LETAK PON TAKPE)
sedikit garam
3/4 cawan air (lebih atau kurang)


Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung
(tak letak pon tak per..)

Cara2:

1:Bancuh kesemua bahan doh sehingga tidak melekat di tangan.
2:Bentukkan bulat-bulat, Saiz setiapnya biar cukup untuk diisikan dengan inti kelapa.
3:Leperkan sebiji doh, isikan dengan inti dan kemaskan sehingga menjadi bulat
4:Golekkan atas bijan sehingga menyelaputi keseluruhan bebola kuih.

5:goreng dengan minyak yang banyak
6:bila bijan dan warna keperangan,bolehla diangkat dan dihidang



walaupon kuih ni kurang menjadi dari rupanyua...tapi BUDAK ITAM tetap tak bersedih sebab rasanya mmg sama kalau bli kat hotel 10 bintang sekalipon...klau suruh chef Wan tolong masakkan...rasanya pon tak la jauh beza kot...nak pulak kalau bli kat gerai KAK LEHA SENDUK...sama la jugak rassanya..hahahha..tetap tak mau kalah...Enhanced by Smiley CentralSELAMAT MEMASAK!!!