Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts

Monday, October 24, 2011

PUDING TRIFLE

SALAM SATU MALAYSIA,

arini dah 24 aribulan ...x lama dah nak masuk bulan baru...nak masuk thn baru dah pon..haissshhh...makin tua nampaknya kan??:))...arini nak kongsi satu lagi resepi yang di copy n paste dari  DAPURCOMELKU,resepi ni mmg sedap tapi tak tau laa apa salahnya ...manis sangat...mungkin tersalah sukat agaknya....susunan agak berbeza ngn resepi asal tapi bahan2 semuanya sama..JOM MEMASAK..!!:)

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
10 gm jelly serbuk
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream(pilihan)
Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam bekas,basahkan swiss roll hingga lembab dengan 
air fruit coktail, ketepikan dulu 


Lapisan 2
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 1



Lapisan 3
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 3 (kastad).sejukkan sehingga kastad agak beku





Lapisan 4
ulang lapisan ke 2

Lapisan 5 (pilihan)
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, dan boleh ditabur dengan buah2 an sebagai hiasan(Budak Itam x letak)







dan inilah hasilnya....resepi ni agak manis bagi selera BUDAK ITAM..mungkin sebab terletak banyak gula...bg yg tak suka makanan manis2,disyorkan kurangkan sedikit gula dalam 1 atau dua sudu dari resepi asal..nak lagi sedap bolehlah dihidang bersama ice cream,,
SELAMAT MENCUBA!!


Monday, June 27, 2011

PAKEJ MAKANAN MURAH SATU MALAYSIA



korang penah dengar PAKEJ MAKANAN MURAH SATU MALAYSIA??bagi aku ni mmg benda baru dan agak pelik bagi aku...apa yang aku paham,makanan yang dijual dan boleh dibeli oleh pengguna adalah pada harga yang rendah berbanding harga asal...banyak jugak persoalan yang bermain kat hotak aku ni...seperti..saper yang nak jual,kat mana dan apa keuntungan yang peniaga akan dapat dan adakah kualiti dan kuantitinya adalah sama seperti harga makanan biasa???..dan yang aku pelik sangat...kenapa kerajaan tak turunkan harga barangan kawalan yang menjadi bahan utama dalam setiap makanan rugi masyarakat malaysia sepeti beras,tepung,telur dan sebagainya??PELIK LAA.


Bagi pendapat aku...klu program ini mensasarkan hanya pada tempat atau kawasan tertentu sahaja dan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja atau dengan kata lain sebagai subsidi kepada peniaga bagi menampung kerugian akibat harga makanan yang dijual adalah murah atau keuntungan yang diperolehi tidak berpatutan..pastinya ia tidak adil..khususnya bagi penduduk di kawasan yang tidak terlibat kerana program ini juga disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan harapan dapat mengurangkan kos kehidupan.


Pakej ini dijangka mampu menawarkan sarapan pagi serendah RM2 dan makan tengah hari kira-kira RM4 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...dan aku sangat teruja nak tgk macam mana program ini boleh memberikan kesan khususnya dalam membantu mereka yang berpendapatan rendah macam aku nih..hehehe...arini nak kongsi resepi kuih lapis nih...aku dah buat dekat 2 minggu yang lepas dan seperti biasa aku yang malas...hahhaa...jom memasak!!!



Resepi asal aku cedok kat SINI


Bahan-bahan2

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa)
sedikit pewarna kesukaan
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.

2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan,garam. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.

3. Bahagikan adunan. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.

4. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berselang-seli

5.Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan.


klu ikut harga pasaran bagi seketul kuih sekarang adalah RM0.40 sen sebiji...tapi mampukan peniaga (PAKEJ MAKANAN MURAH SATU MALAYSIA)mengurangkan harganya dan adakah kualiti juga akan sama..???...kita nantikan yer...SELAMAT MEMASAK!!

Tuesday, April 26, 2011

PUDING KARAMEL @ GULA HANGUS

SALAM SATU MALAYSIA..


arini dah masuk 26 aribulan..beberapa ari jer lagi nak jadik hujung bulan 5...entry kedua bulan nih,,,,hahhahah..agak bersawang blog nih akibat kemalasan yang menjadi-jadi...
arini nak kongsi satu lagi pencucui mulut yang sedap dan mudah nak buat nih..resepi asal boleh dilihat kat SINI.. JOM MEMASAK..!!


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila
sehelai daun pandan


Bahan B:
1 cawan gula bersama 1 cawan air


CARA2:
Bahan B;
panaskan gula bersama air dengan api sederhana dan masak hingga air gula berubah warna keperangan dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika


Bahan A:
1:Ramas telur bersama daun pandan untuk kurangkan bau hanyir dan masukkan semua bahan A dan dikacau sebati.kemudian tapis dan masukkan ke dalam loyang yang berisi bahan B,
2:Kukus untuk kira2 20 minit dengan api sederhana
3:keluarkan dari kukusan dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais dan boleh dihidang.




puding ni juga sedapp dimakan bersama buah2 an dalam tin...SELAMAT MEMASAK!!!

Friday, February 18, 2011

KUIH KETAYAP

SALAM SEJAHTERA...

arini nak buah kuih lagi...roh nak makan kuih datang lagi...hari2 nak makan kuih jer kejenye,kuih ketayap atau kuih dadar adalah satu resepi yang senang nak buat,dan sedap plak tu klu di makan panas..intinya pon boleh dipelbagaikan..ni jugak resepi feveret keluarga BUDAK ITAM..mak mmg suka buat kuih nih..anak2 pon suka makan...sah2 klu mak buat sorang anak nak kene 10 ketul sorang...barula puasss...sampai ke tengahari terasa kenyangnya..mmm......... sedapnya makan masakan mak....JOM sama2 kita buat..:)


Bahan A (kulit)
1 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 helai daun pandan @

pewarna hijau
1 1/2 cawan susu cair atau santan
atau air suam pon boleh
1 sudu teh garam,

1 sudu besar majerin dicairkan

sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B(Inti)
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah

atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung

(tak letak pon tak per..)

cara2:
1. Untuk inti: cairkan gula dan air

hingga hancur dan pekat,

masukkan kelapa,kacau sebati dan 

masukkan tepung jagung untuk 

memekatkan inti.

(boleh tambah gula klu nk manis)

2. Untuk kulit : Satukan semua bahan A 

dan kisar dengan blender hingga halus 

dan tidak berketul. Tapis

4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak 

dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi

dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.

Masak sehingga 2-3 minit, 

atau sehingga semua permukaan masak.

4.angkat kulit ketayap dan letakkan 

di permukaan rata,

letakkan inti dan lipat sedikit bahagian

kiri dan kanan,gulung sehingga hujung





suka sangat dengan aktiviti gulung-menggulung nih... 


rasa cam tak puas jer..nak main gulung2 lagi la nnt..:))





ni inti feveret aku...kelapa yang manis...




ni pulak inti semalam...lebihan buat karipap,sila abaikan 

rupa bentuk yang tak seadanya tuh..klu mak tgk nih 


mesti mak ckp camnih bagi sedapkan hati anaknya yang 


serba tak pandai nih......"tak pa laa..anak jantan yang 


buat,,,"erkkss..tapi klu anak pompuan yang buat camni 


apa mak akan ckp ekk???"buat ketayap pon comot...ada 


hati nak kawen...??"hahhaha...mengantuk 


plak... macam buat kerja berat jer...padahal gulung 


ketayap jer kot malam nih...tengah fikir2 nih..nak masak 


kuih apa plak malam esok agaknya????jumpa malam 


esok laa yer... INSYALLAH ...SELAMAT MEMASAK!!

Saturday, January 29, 2011

PUDING ROTI



SALAM HARI JUMAAT...


arini nak masak resepi pencuci mulut yang agak senang dan sedap ni...resepi asal diambil dari AKAK ni...dan AKAK ni jugak...


JOM MEMASAK!!


BAHAN2:


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair(Letak 1 tin=400 gm pon ok)
  • 8gram serbuk agar2(letak sebungkus 10 gram)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • sedikit kismis(nak gantikan dengan hirisan buah pon sedap..)


CARA2:

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. sebelum itu,blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan  dalam periuk yang mengandungi agar2 yg sudah didih tadi
  3. Masukkan butter/marjerin dan serbuk koko dan kacau rata sampai mendidih (kalau ada kismis pon boleh masukkan). matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang dan ratakan
  5. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku. Enak dimakan ketika sejuk.letak sos strawberi atau sos castard pon sedap...


dah siap pon...boleh laa dihias mengikut citarasa masing2...makan dengan buahan2 seperti mangga atau strawberi pon sedap...juga sesuai dimakan dengan aiskrim atau mengikut selera masing2..juga enak dimakan begitu saje...sangat lembut...tak payah kunyah lama2...hehehe

SELAMAT MEMASAK!!!

Monday, January 17, 2011

CEKODOK LABU LEMAK MANIS

SELAMAT PAGI...

macam mana pagi kakak2 sekelian??
dah breakfast???
klu belum tuh jom kita masak
cekodok pagi nih...
JOM MEMASAK!!!


BAHAN2:

1/2 KG labu direbus
3 tbsp gula atau lebih
(ikut tekak anda)
1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
(klu adunan lembik tambah lagi)
sedikit kismis
(tak letak pon takper...
ni saje nak ngada2)hehehe
minyak secukupnya

KAEDAH:
1:lenyek labu
2:masukkan semua bahan
dalam satu bekas dan adun
sebati..


3:panaskan minyak dan goreng
adunan tadi.
4:angkat dan boleh dihidang,
sesuai dimakan bersama
susu atau madu lebah...


sila abaikan rupa cekodokku
yang sangat2.......itu
senangnyer wat cekodok...
rasa..???..mmmm..boleh laaa...
tgh berangan nak masak apa 
plak nih....
SELAMAT MEMASAK!!!