Sunday, February 26, 2012

Kegunaan lain Baking Soda??


Salam satu Malaysia..

Arini aku nak share satu info yang aku sendiri x tau..tapi yang dh penah cube leh la kongsi resultnya ngan aku yer..artikel asal aku cedok kat SINI..
menurut artikel ni..baking soda telah digunakan sebagai agen yang berkesan untuk membersihkan gigi sejak kurun ke 18...APA????SEJAK KURUN KE 18??HAHAHHA..nampak sangat la aku ni masih tinggal dalam gua kan???huissshh..
BAGAIMANA BAKING SODA BERTINDAK??
apabila dilarutkan dalam air,radikal bebas dari soda ni akan menembusi enamel gigi dan sekaligus meringankan (menanggalkan) kesan kotoran yang melekat pada gigi.dengan kata lain,warna kuning yang terhasil pada gigi tu sebenarnya adalah kotoran yang melekat pada gigi setelah sekian lama.
tapi jangan la ada yang berangan plak...buat sekali jer dah cukup..hahahhah...ohh TIdak...sama seperti proses pemutihan lain...bukan keputihan yer...ia memerlukan proses ini diulang bagi membolehkan kesan yang lebih baik...
untuk resepi memutihkan gigi...wuahahhaah..sila ikuti proses berikutnya.

Bahan2:
1:gelas@mangkuk@cawan(bekas laa..baldi pon x pe..:))
2:sudu
3:1 tsp baking soda
4:secubit garam
5:air secukupnya
6:berus gigi jangan lupa!!!

Kaedahnya:
1:masukkan baking soda dan garam dalam bekas
2:masukkan sedikit air..agak2 la kerasnya macam ubat gigi
3:letak pada berus gigi dan GOSOKLAH gigimu itu seperti biasa..
4:jangan telan yer..bilas macam biasa sehingga hilang bau warna n rasa...


AMARAN KERAS!!!

Penggunaan baking soda hanya digalakkan untuk penggunaan setiap dua minggu sekali disebabkan sifat baking soda yang boleh merosakkan enamel(LORRRR) JIKA KERAP DIGUNAKAN,dan tidak sesuai untuk dicuba oleh mereka yang memakai pendakap.
So,utk mereka yang nak cuba,boleh la cuba ye...dan sila tanggung risiko sendiri..HAHAHAHA...

SELAMAT MEMBERUS GIGI!!:))

Wednesday, February 8, 2012

SELAMAT BERTUNANG- ITA

Assalamualaikum...

Untuk entry simple kali ni aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG untuk jiran seFELDA,seSEKOLAH,seKAWAN main pondok2...yang selamat bertunang dengan jejaka pilihan ati ahad lepas...walaupun TAK DAPAT DATANG utk majlis tu..tapi aku turut  berkongsi kegembiraan..MOGA Ita n pasangan cepat-cepat nikah yer...AMINN..


Jom layan pic2 E-DAY Ita yang aku ROMPAK dari FB dia...hehehe



Ita yang sangat cantik dengan pelamin yang sweet..:))


gugurl jer???boboy mana??

with future mom in law...sopan jer..ngeehhh..ngehhh..


maklong yang pandai berposing..hehehe


bersama encik TUNANG...mcm pinang dibelah-belah...

untuk resepi kali ni aku nak kongsi resepi mudah iaitu DONUT...
resepi asal di rompak dari TUAN TANAH .terima kasih yer tuan tanah...:)
resepi ni mmg mudah n sangat sedap...bagi yang buta alam macam aku ni..aku syorkan gune resepi ni..mmg jadik...lembut sangat donut tuh...ceehhhhh..suker feeling2 kan ..hahhaha...

Bahan-bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 50 g butter/margerin
  3. 2 sudu gula
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 peket mauripan / dry yeast
  6. 1 biji telur (pukul sebentar)
  7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara :

  1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
  2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
  3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
  4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
  5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.aku gune acuan jer..senang idop...
  6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
  7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

ni laa donut yang mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan..hahhah..kenyang tol makan donut....untuk sukatan ni...lebih kurang 25 biji donut boleh dihasilkan bergantung pada sais...SELAMAT MEMASAK..:))

Wednesday, February 1, 2012

ROTI GULUNG SOSEJ

SALAM SATU MALAYSIA...

lama sungguh x menjengah blog aku nih....malas rasanya nak menghapdate....besa ala aku....tapi aku still sayang blog aku yang x seberapa nih ..hehehhe...

hari ni dah 1 feb...dengan rasminya adalah besday aku ...dah makin tua...hahahha...x der apa yang aku harapkan cume diberikan umur yang panjang ...murah rezeki dan dapat bahagiakan mak n ayah aku..aminn...


kek besday thn ni...sangat tak sesuai kan???hihihi
arini aku nak share satu resepi yang sangat la mudah untuk disediakan dan sesuai 
utk majlis2 kecik seperti sambutan hari lahir,kanak2 pasti suke...


Bahan2:

1-roti 5 keping
2-sosej 5 batang
3-1tbsp tepung dicampur 1 tbsp air
4-sebiji telur
5-serbuk lada putih
6-sebuk roti

Kaedah:

1-nipiskan roti dengan cara menggelek menggunakan penggelek
2-tabur sedikit lada putih
3-gulung dengan sosej kemas2 dan letakkan bacuhan tepung untuk melekatkan gulungan roti
4-salut dengan telur yang diletak sedikit garam dan gaulkan  dengan serbuk roti
5-goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan,
6-angkat dan boleh la dihidang bersama sos cili.



untuk menampakkan lebih menarik ketika dihidang,bolehla di potong serong..
SELAMAT MEMASAK..:)