Sunday, February 27, 2011

PENGAT UBI KELEDEK

SALAM SATU MALAYSIA...


Hari x der aktiviti yang best pon..walaupon cuti sehari...dari pagi bawak ke petang asyik nk tido jer...tak tau la kenapa penyakit suka tido ni melanda...hajat dihati nak menjahit..tapi terbengkalai jugak...jom la kita masak...pengat keledek ni sebenarnya dah abis pon tapi BUDAK ITAM lupa nak masukkan dlm n3..
JOM MEMASAK!!


bahan2:


seketul ubi keledek sais sederhana
3/4 ketul gula kabung(nak kurangkan pon boleh)
3/4 cawan sagu
1 cawan santan pekat
sedikit garam(kalau suka)
air secukupnya
seikat daun pandan


cara2:


1:rebus ubi sehingga empuk
2:seterusnya masukkan gula,santan,garam,sagu dan daun pandan
3:masak sehingga semua sebati dan menggelegak
4:tutup api dan sedia dihidang..
enak dimakan bersama roti atau dibiarkan sejuk dalam peti ais


kalau ada labu pon sedap kalau dicampur bersama..letak pisang pon OK...SELAMAT MEMASAK!!

Wednesday, February 23, 2011

BARUT KERETAPI


salam sejahtera...mak-mak buyong sekelian..heheheheh.. untungnyer korang boleh mengandung kan??cam ner persiapan untuk sambut kelahiran orang baru??barut bayi dah siap???orang KL tak guna barut???mak2 sekelian jangan berangan leh tak??barut tu sangat penting...!!!!nak tau kenapa???

1)dapat elakkan perut bayi kembung akibat masuk angin
2)dapat mengelakkan kesejukan(extra protection)
3)dapat lindung tali pusat bayi yang belum tertanggal dari serangga
seperti semut dan juga dapat elakkan tali pusat tercedera...

sebenarnya hari ni nak tunaikan hajat kawan BUDAK ITAM iaitu KAK IJA yg nak barut nih,,,dekat 2 minggu dia asyik tanya..."barut akak dah siap??"...dan alasan biasa sambil senyum kambing yang dah gosok gigi.."belum la KAK...BZ skang nih.."..huisss... BZ laa sangat kan..??..kepada yang nak buat tuh...jom sama2 kita buat barut bayi atau nama kampungnya 'barut keretapi' (sesuka jer korang kasi nama kan???)

BAHAN2:
1)kain cotton
2)alatan menjahit
3)tali barut(pilihan)

*BUDAK ITAM tak tau nama menda alah nih :)tapi klu ke kedai, cakap jer nak tali ikat barut,sah2 yang ni korang akan dapat ... banyak warna lain seperti pink dan biru 



sais barut bayi yang sesuai(cadangan)
berat bayi 2kg-4.5 kg=lebar 5" dan panjang 18"
berat bayi 4.5kg dan ke atas=lebar 7" dan panjang 20"
BUDAK ITAM lebih suka sais besar sebab boleh guna untuk sais baby yang pelbagai.klu baby tu kecik,lipat jer dibahagian hujung

KAEDAH:

1)tandakan lebar dan panjang kain
gunting kain,(2 keping,tandakan kain1 dan kain2)
tandakan titik tengah kain sebagai A,jarak A-B,A-C,A-D
=jumlah panjang /3

buatkan bulatan yang berpusat A dan mencecah titik B,C,D .
kemudian potong bahagian tersebut untuk mendapatkan lengkuk
*lengkuk ini bertujuan mengelakkan najis terkena pada barut seperti rajah di bawah
 

3)jahitkan 3 keping tali barut pada kain 1 dengan membahagikan lebar barut kepada 3 bahagiandan sama panjang  
*utk membolehkan barut dilipat,3inci kiri dan kanan barut tidak dijahit cantum dengan tali barut...  

4)cantumkan kain 1 dan kain 2 dengan keadaan tali barut di 
bahagian dalam,jahit keliling dan tinggalkan ruang diantara
titik (a) dan (b)

5)terbalikkan kain dengan keadaan tali barut dibahagian luar,jolok bucu barut untuk mengemaskannya.jahit (TUTUP) bahagian (a) dan (b)dan jahit keseluruhan barut untuk mengemaskannya.

6)kemudian barut dibasuh dan diseterikan

ini la contoh barut yang dah siap...


seperti BUDAK ITAM nyatakan tadi,ini la fungsi bahagian lengkuk pada barut bayi..ia bertujuan untuk mengelakkan najis bayi terkene barut. klu tak nak buat lengkuk ni pon tak per...skang ni hujan.. teringin nak makan pengat la..nak g masak jap...
SELAMAT MENJAHIT!!!!


DAGING GORENG ASAM JAWA

SELAMAT PETANG

Arini masak simple jer..sebab BZ la konon nyer menyiapkan barut yang dah lama hajat dihati ni nak siap kan.....menu arini,daging goreng asam jawa sebab teringin sangat sejak jalan2 kat blog KAK SU...tapi ni cara mak BUDAK ITAM masak...mungkin sama jer kot...JOM MEMASAK!!


BAHAN2:


500 gm daging
1tbsp cintan manis*
1 inci halia*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
air asam jawa secukupnya
bahan perasa secukupnya
cili api dan bawang besar secukupnya


CARA2:


1:bahan bertanda (*) dikisar halus dan perap bersama daging,lagi lama diperap lagi bagus
2:masukkan daging yang diperap dalam kuali dengan minyak yang sedikit,
3:masak hingga daging empuk dan masukkan air asam jawa,kalau nak kuah lebih boleh letak air banyak2
4:masukkan bahan perasa dan diikuti cili api dan hirisan bawang,boleh tutup api dan sedia dihidang




BUDAK ITAM x makan dengan nasik pon ratah macam tu jer sebab suka sangat dengan rasa serai dan jintan manis yang sebati dengan daging...sedar2 jer dah tinggal separuh...pastu ..aikkk..tinggal beberapa ketul jer???LAPAR AGAKNYA...huhuhu....bagi mereka yang tak suka jintan manis dan serai boleh la dikurangkan...




nak sambung aktiviti menjahit ni...harap2 mesin jahit tak buat perangai dan dapat bagi barut tu esok...harap2 muat ngn baby...OKlah...jumpa ext entry..SELAMAT MEMASAK!!!

CEKODOK UDANG GERAGAU


SELAMAT TENGAHARI


cepat betul dah masuk tengahari...tak puas rasanya 


menikmati pagi yang mendamaikan kat umah...sarapan 


pagi ni dengan cekodok udang geragau.


JOM  MEMASAK!!




BAHAN2:


segengam udang geragau


2 cawan tepung gandum


segengam taugeh


segengam daun bawang


selabu bawang besar


1/2 tbsp lada hitam(nak gantikan dengan cili kisar atau 


serbuk kari pon boleh)


sebiji cili hijau atau merah


sedikit garam




CARA2:

  1. Udang geragau direndam, ambil bahagian atas udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau  bawang besar, cili hijau/merah, daun bawang dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata,tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna.
  4. Goreng dalam minyak panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau dengan tangan,Goreng hingga kuning keemasan dan boleh diangkat.


dipotong kecil untuk mudah dimakan



sedap dimakan bersama kuah kacang atau pon sos cili.
makan di waktu petang sambil nonton sinetron pon best,,,SELAMAT BERCEKODOK!!

SATE PEDAL GORENG

SALAM PAGI RABU..

Arini mood malas datang lagi tapi terpaksa merajinkan diri utk ke NATIONAL LIBRARY utk mencari bahan rujukan utk assignment yang entah bila laa nak siap tuh...arini nak kongsi resepi yang dah selamat DIBAHAM semalam..    klu perhatikan bhn2 nya mmg sama macam nak buat sate...tapi disebabkan BUDAK ITAM duduk kat umah yang bertingkat-tingkat,terpaksa la ubah cara masak dari dibakar kepada digoreng...JOM MEMASAK!!

bahan2:
500 gm pedal ayam
2 batang serai, racik
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudubesar ketumbar
1 sudubesar jintan manis
serbuk kunyit secukup kuning
sedikit garam
gula secukup manis
minyak masak 1/2 cawan
sedikit air

cara2:

1:Bahan atas dikisar halus (kecuali pedal ayam dan garam),perap bersama pedal ayam dan sedikit garam

2:Masukkan pedal ayam yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering.
Masukkan minyak dan goreng lagi.klu suka garing boleh digoreng lama




klu nak masukkan dalam ketuhar pon ok... rasanya akan lagi sedap berbanding digoreng... boleh juga digantikan dengan hati ayam atau daging atau isi ayam.
SELAMAT MEMASAK!!

PAJERI REBUNG



SALAM PAGI RABU..

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, assignment pon byk lagi nak disiapkan..harap2 dapat la disiapkan sebelum tarikh tutup...harini nak masak rebung yang dah lama dalam peti ais tuh...tak tau nak masak apa selain masak lemak dan kari,oleh itu jom kita masak pajeri...JOM MEMASAK!!


Bahan2:

5 batang rebung
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di tumbuk kasar)
1 cawan santan 

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

CARA2:


1. belah rebung, jangan sampai putus,rebus rebung untuk kurangkan baunya.





2.  Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan rebung,masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 




Pajeri akan bertambah sedap kalau dibiarkan semalaman sebelum dimakan,sebab tu kalau ada kenduri,pajeri ni akan disediakan sehari lebih awal tanpa memasukkan santan untuk elak basi,pada hari kenduri barulan santan dimasukkan.Selain gunakan rebung,boleh jugak gunakan nenas atau terung,sesuai dimakan dengan nasi minyak..
SELAMAT MEMASAK!!!

Tuesday, February 22, 2011

KUIH GELANG


SALAM HARI ISNIN..


arini offday tapi seperti biasa penyakit M melanda..malas 

betul nak siapkan asignment yang berlambak tuh...masak 

pon malas rasanya tapi perut tetap lapar,,,

JOM MEMASAK!!


BAHAN2:

300GM ubi keledek

5 tbsp tepung gandum

5 sudu gula

1 cawan air

sedikit garam

CARA2: 

Rebus ubi hingga empuk. masukkan dalam bekas, lenyek-

lenyekkan. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan 

kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan 

tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh 

tambahkan tepung)

Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan 

buat leper sedikit  dan kemudian buat lubang di tengah-

tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga 

habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.

Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan 

ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. 

Tutup api dan hidangkan



sesuai dijadikan sarapan pagi dan minum petang,bagi 

mereka yang ada kencing manis atau menjaga 

kesihatan, kurangkan gula atau

 makan tanpa gula pon sedap..selain nama kuih gelang,kuih ini 


juga dikenali dengan nama kuih keria...nak mulakan misi 

membuat asignment nih...SELAMAT MEMASAK!!

Monday, February 21, 2011

MEE GORENG

SALAM SATU MALAYSIA...

malam ni makan mee goreng..menu mudah,sedap dan cepat disediakan...sambil feeling2 dengar lagu jepon walaupon sepatah haram tak tau maknanya...


kukuo ataupon dalam bahasa melayunya lapangan kapal terbang (airport)...ada tak lagu kat malaysia nama2 bagunan mcm hospital ker...skolah ker...penjara???ooo..dah ada...di penjara janji...


lagu ni pon best ....lirik dalam bahasa melayu pon sangat menyentuh perasaan

JOM MEMASAK!!

BAHAN2:

sebungkus mee kuning
1 tbsp cili kisar
2 tbsp kicap pekat
3 sudu cuka makan
sedikit sawi
segenggam taugeh
segenggam isi ayam
3 ketul fish cake
5 biji fish ball
garam dan perasa secukupnya
3 ulas bawang putih dan merah

CARA2:

1;panaskan minyak dan tumis bawang
2:masukkan cili kisar dan goreng hingga garing
3:masukkan kicap pekat dan cuka
4;masukkan isi ayam,fish ball dan fish cake.
5:masukkan sawi dan masak sehingga separuh layu
6:masukkan bahan perasa dan diikuti mee
7:gaul hingga sebati dan masukkan tauge dan tutup api


dah siap pon...best sangat makan mee panas2 sambil layan lagu jepon..:)...SELAMAT MEMASAK!!!

SUKA SUKI TEKALA...

SALAM HARI ISNIN..

hari isnin bagi sesetengah org sangat membosankan tapi bg BUDAK ITAM, isnin adalah hari yang ditunggu sebab boleh cuti ..huhuhu...dan mcm2 menda boleh buat.arini satu lagi aktiviti masyarakat bersama kawan2 sempena hari jadi BUDAK ITAM yang lepas...tempat wajib dituju adalah sungai untuk bermandi-manda dan gedik2 kat situ.....


destinasi wajib setiap tahun...SG TEKALA...


ahli rombongan yang hampir sama dengan thn lepas...mcm2 jantina ada...:)


aktiviti wajib...makan2


menu wajib nih...ayam rentung...mmm...sedap...


jawatan wajib wanita nih...tukang kipas...


salad pasta buah2an...


klu kat filipina...kuih ni dipanggil CASABLANCA...wow..glamernyer nama...tapi kat MALAYSIA dipanggil puding jagung...sedappp...


aktiviti wajib klu pergi sungai...mandi laa..apa lagi...sila abaikan aktiviti di luar tabiat nih...ni bkn gambar 18U yer...


apakah motifnyer pakai spek tuh???oo...lolipop jgn lupa..:)


ni plak aktiviti wajib BUDAK ITAM...tangkap gambar...cumel kan katak nih...???


labah2 ni pon kiut sangat...
walaupun rasa penat tapi happy sebab dapat mandi ngan kawan2....harap2 lain kali boleh mandi lagi macam nih...utk gambar2 lain silalah ke FB hmba yer..


SELAMAT MALAM MALAYSIA...

Sunday, February 20, 2011

DAGING GORENG LADA HITAM

SALAM HARI AHAD!!!

arini kerja lagi...mesti ramai orang arini..maklumlah arini kan ahad..antara hari yang menyakitkan hati..:))..arini nak masak daging...resepi asal di cedok dari buku chef femes nih tapi sebab ada barang2 yang takder...buat jer ikut versi sendiri..:)...JOM MEMASAK!!!...




terdapat lebih 20 resepi daging dalam buku nih..semua dalam cara yang mudah dan senang..nampak pon sedap...mmg berazam nak buat semua resepi dlm buku nih...harga buku ni pon murah,berbaloi beli dan buat koleksi...bukan buat tukun yer...atau pon makanan anai2...:)




menyelerakan sungguh tgk pic2 dalam buku nih...tergoda nafsu...:)


BAHAN2:


500 gm daging dihiris nipis dan direbus
2 sudu makan kicap pekat
2 tbsp tepung jagung (bancuh dengan secawan air)
2 tsbp lada hitam ditumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
selabu bawang besar
sebiji tomato
setangkai cili hijau
garam dan bahan perasa secukupnya


CARA2:


1:rebus daging sehingga empuk dan apabila air kering masukkan sedikit minyak dan goreng daging sehingga garing..kalau tak suka garing ..boleh goreng sekejap je...
2:masukkan bawang merah dan putih serta halia
3:masukkan pula lada hitam dan kicap pekat diikuti dengan bancuhan tepung jagung,
4:masukkan bahan perasa dan garam secukupnya
5:tutup api dan masukkan cili hijau dan tomato,kacau sebati
6:boleh diangkat dan dihidangkan 




agak hitam sebab daging tu terlebih goreng...




resepi yang senang dan mudah disediakan terutama bagi anak bujang dan juga bapak2 orang......SELAMAT MEMASAK!!!

Friday, February 18, 2011

KUIH KETAYAP

SALAM SEJAHTERA...

arini nak buah kuih lagi...roh nak makan kuih datang lagi...hari2 nak makan kuih jer kejenye,kuih ketayap atau kuih dadar adalah satu resepi yang senang nak buat,dan sedap plak tu klu di makan panas..intinya pon boleh dipelbagaikan..ni jugak resepi feveret keluarga BUDAK ITAM..mak mmg suka buat kuih nih..anak2 pon suka makan...sah2 klu mak buat sorang anak nak kene 10 ketul sorang...barula puasss...sampai ke tengahari terasa kenyangnya..mmm......... sedapnya makan masakan mak....JOM sama2 kita buat..:)


Bahan A (kulit)
1 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 helai daun pandan @

pewarna hijau
1 1/2 cawan susu cair atau santan
atau air suam pon boleh
1 sudu teh garam,

1 sudu besar majerin dicairkan

sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B(Inti)
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah

atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung

(tak letak pon tak per..)

cara2:
1. Untuk inti: cairkan gula dan air

hingga hancur dan pekat,

masukkan kelapa,kacau sebati dan 

masukkan tepung jagung untuk 

memekatkan inti.

(boleh tambah gula klu nk manis)

2. Untuk kulit : Satukan semua bahan A 

dan kisar dengan blender hingga halus 

dan tidak berketul. Tapis

4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak 

dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi

dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.

Masak sehingga 2-3 minit, 

atau sehingga semua permukaan masak.

4.angkat kulit ketayap dan letakkan 

di permukaan rata,

letakkan inti dan lipat sedikit bahagian

kiri dan kanan,gulung sehingga hujung





suka sangat dengan aktiviti gulung-menggulung nih... 


rasa cam tak puas jer..nak main gulung2 lagi la nnt..:))





ni inti feveret aku...kelapa yang manis...




ni pulak inti semalam...lebihan buat karipap,sila abaikan 

rupa bentuk yang tak seadanya tuh..klu mak tgk nih 


mesti mak ckp camnih bagi sedapkan hati anaknya yang 


serba tak pandai nih......"tak pa laa..anak jantan yang 


buat,,,"erkkss..tapi klu anak pompuan yang buat camni 


apa mak akan ckp ekk???"buat ketayap pon comot...ada 


hati nak kawen...??"hahhaha...mengantuk 


plak... macam buat kerja berat jer...padahal gulung 


ketayap jer kot malam nih...tengah fikir2 nih..nak masak 


kuih apa plak malam esok agaknya????jumpa malam 


esok laa yer... INSYALLAH ...SELAMAT MEMASAK!!