Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

BARUT KERETAPI


salam sejahtera...mak-mak buyong sekelian..heheheheh.. untungnyer korang boleh mengandung kan??cam ner persiapan untuk sambut kelahiran orang baru??barut bayi dah siap???orang KL tak guna barut???mak2 sekelian jangan berangan leh tak??barut tu sangat penting...!!!!nak tau kenapa???

1)dapat elakkan perut bayi kembung akibat masuk angin
2)dapat mengelakkan kesejukan(extra protection)
3)dapat lindung tali pusat bayi yang belum tertanggal dari serangga
seperti semut dan juga dapat elakkan tali pusat tercedera...

sebenarnya hari ni nak tunaikan hajat kawan BUDAK ITAM iaitu KAK IJA yg nak barut nih,,,dekat 2 minggu dia asyik tanya..."barut akak dah siap??"...dan alasan biasa sambil senyum kambing yang dah gosok gigi.."belum la KAK...BZ skang nih.."..huisss... BZ laa sangat kan..??..kepada yang nak buat tuh...jom sama2 kita buat barut bayi atau nama kampungnya 'barut keretapi' (sesuka jer korang kasi nama kan???)

BAHAN2:
1)kain cotton
2)alatan menjahit
3)tali barut(pilihan)

*BUDAK ITAM tak tau nama menda alah nih :)tapi klu ke kedai, cakap jer nak tali ikat barut,sah2 yang ni korang akan dapat ... banyak warna lain seperti pink dan biru 



sais barut bayi yang sesuai(cadangan)
berat bayi 2kg-4.5 kg=lebar 5" dan panjang 18"
berat bayi 4.5kg dan ke atas=lebar 7" dan panjang 20"
BUDAK ITAM lebih suka sais besar sebab boleh guna untuk sais baby yang pelbagai.klu baby tu kecik,lipat jer dibahagian hujung

KAEDAH:

1)tandakan lebar dan panjang kain
gunting kain,(2 keping,tandakan kain1 dan kain2)
tandakan titik tengah kain sebagai A,jarak A-B,A-C,A-D
=jumlah panjang /3

buatkan bulatan yang berpusat A dan mencecah titik B,C,D .
kemudian potong bahagian tersebut untuk mendapatkan lengkuk
*lengkuk ini bertujuan mengelakkan najis terkena pada barut seperti rajah di bawah
 

3)jahitkan 3 keping tali barut pada kain 1 dengan membahagikan lebar barut kepada 3 bahagiandan sama panjang  
*utk membolehkan barut dilipat,3inci kiri dan kanan barut tidak dijahit cantum dengan tali barut...  

4)cantumkan kain 1 dan kain 2 dengan keadaan tali barut di 
bahagian dalam,jahit keliling dan tinggalkan ruang diantara
titik (a) dan (b)

5)terbalikkan kain dengan keadaan tali barut dibahagian luar,jolok bucu barut untuk mengemaskannya.jahit (TUTUP) bahagian (a) dan (b)dan jahit keseluruhan barut untuk mengemaskannya.

6)kemudian barut dibasuh dan diseterikan

ini la contoh barut yang dah siap...


seperti BUDAK ITAM nyatakan tadi,ini la fungsi bahagian lengkuk pada barut bayi..ia bertujuan untuk mengelakkan najis bayi terkene barut. klu tak nak buat lengkuk ni pon tak per...skang ni hujan.. teringin nak makan pengat la..nak g masak jap...
SELAMAT MENJAHIT!!!!


Thursday, January 13, 2011

ALAS PETI SEJUK...



Salam satu malaysia...
arini offday...
rasa sangat teruja dengan
penghuni2 baru umah nih...
mmm...angan2 yang tak penah
padam...nak jadi anak emak
yang serba boleh...hehehehe
aktiviti memenuhkan masa yang
ada dengan satu lagi
projek ringkas...
jom sama2 buat..:)
ALATAN:
1:kain
2;peralatan jahitan

LANGKAH2:
1:untuk bahagian badan,
ukur lebar dan panjang
permukaan atas peti ais,
47panjang x 17 lebar (2 keping)
*tambahkan basi ikut suka hati
kakak2 sekelian yer....
kemudian cantum ke2-2
kain tersebut


2:untuk bahagian poket,



ukur lebar dan panjang poket
yang dikehendaki dengan
basi keliling = 1cm
(seperti rajah diatas)

cth:

lebar=9 inci,
panjang=20inci (ukuran 1-4)
jarak antara titik a ke b 
dan c ke d =2 inci

jahitkan basi keliling,
cantumkan titik a ke b
dan titik c ke d 
secara lipatan ke dalam 
dan jahit bahagian atasnya
serta diseterika.
seperti rajah dibawah.
*perhatikan lipatan ke dalam
bukan ke luar...



untuk mencantum bahagian badan 
dan poket,BUDAK ITAM 
gunakan rajah dibawah


jahitkan bahagian bertanda
1 ke 3 ke 4 dan ke 2
*bahagian 1 ke 2 tidak dijahit
pastikan jarak 1 inci 
antara badan dan poket 
seperti di titik a dan b
begitu juga di bahagian kanan

jahitkan titik yang 
bewarna kuning
(titik c dan d)dengan 
lipatan berada dibahagian 
dalam seperti gambar di atas
apa bila semua dah dijahit,
alas peti ais akan seperti
gambar kat bawah ni...




sekarang boleh laa
digunakan utk meletak 
benda2 ringan seperti bil2
atau peralatan dapur yang ringan
selain sebagai hiasan atau 
protector utk peti ice BARU 
kakak2 sekelian..hehehe
SELAMAT MENCUBA....

Wednesday, December 8, 2010

SIMPLE VALANCEs WITH CASCADEs



SELAMAT MALAM...
arini nak buat langsir mudah 
=langsir jahit lurus berekor
jom sama2 buat  .:)

BAHAN2:
1)kain
2)peralatan menjahit

UKURAN:
1)untuk langsir (badan langsir)
=2/3 ukuran lebarx3 (c ke e)
ukuran (c ke d =15 inci + 
4 inci utk kepala langsir)
2)ukuran ekor langsir=
1/3 ukuran lebar bahagia2
x 2(2 keping utk kiri dan kanan)
(a ke c = e ke g)
(c ke d = e ke f )
(a ke b = g ke h)=(e ke d x 2)
(b ke d = f ke h)=1/2 e ke d
*tambah basi jahitan mengikut 
kesesuaian




*cantumkan bahagian badan dengan ekor.
*lipat bahagian atas langsir
dan jahit,masukkan tali atau
dawai untuk menggantung.
*selaraskan kedutan supaya sama.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



dah siap pon..seperti biasa..
agak senget..hehehe..
biasalah tangan bengkok..:)

Wednesday, December 1, 2010

SIMPLE PILLOW CASEs

SELAMAT PAGI MALAYSIA...
dah kul 12...gigih 
nk letak entry ni
walaupon esok keje shift pagi...
huhuhu
kali ni nak wat sarung bantal..
jom sama2 buat..:))

BAHAN2:
a)fabrik bercorak
b)alatan jahitan
c)pencangkuk @ butang ketip.

KAEDAH..
1)bahagikan fabrik pada 3 bahagian
1a)utk ropol2
4 inci lebar ,13inci x 2 panjang
buat kedutan guna mesin
1b)bahagian depan sarung
13 x 10 inci  (+ i inci utk basi)
1c)bahagian belakang sarung
bahagi 2 bahagian
(10x 10 inci),(3x 10 inci)

KAEDAH:

1)Utk elak kain berbulu
lipat dan jahit hepi kain
2)utk bhagian belakang kain,
buat jahitan bertindih 
dibahagian hujung lebih kurang 
1cm


3)utk bahagian depan,
jahitkan ropol yang telah disiapkan
terlebih dahulu.letakkan pada 
1/3 bahagian kain.
4)cantum bahagian depan 
dan belakang,


 5)utk bahagian belakang,
jahitkan butang ketip 
untuk menutup belahan 
tempat memasukkan bantal
(disebabkan masalah nyanyuk,
 BUDAK ITAM gantikan dgn penyangkut,
butang ketip mana pergi entahh..
adoiiiiiiiiiiiii....)

 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 TARAAAAAA....



disebabkan kemalasan..hihihi..
BUDAK ITAM letak ropol2
satu bahagian jer...


sangat sesuai dipadankan dengan 
bantal golek atau bolster...
SELAMAT MENJAHIT..:))

Tuesday, November 30, 2010

BABY PILLOWS (rectangle)

Salam satu Malaysia...
semalam pergi TAR ,gigih
carik fiber untuk bakal
baby Diana yg INSYAALLAH
bakal keluar januari depan.. ...
dan arini,secara rasminya kerja2
menyiapkan set tempat tidur
bakal baby pon bermula...
sebelum tgk hasilnya...
jom arini kita buat bantal 
kekabu 0r fiber...

BAHAN2:
a)kain
b)alatan jahitan
c)kekabu @ fiber

KAEDAH:
1)potong 2 helai kain mengikut
ukuran bantal yang korang mahukan
budak itam guna ukuran
panjang=13 inchi
dan lebar=11inchi
2)jahit kan setiap bahagian dan
tinggalkan bahagaian tidak berjahit
lebih kurang 3 inchi
3)masukkan fiber atau kekabu
(BUDAK ITAM  guna fiber 
yang boleh dibeli kat kedai 
alatan menjahit...
1kg=rm20)


4)jahit bahagian terbuka tadi
dengan jahitan tangan
5)jemur bantal yang telah siap
tadi pada sinaran matahari
v
v
v
v
v
v
v
v


 taraaaa....dah siap pon...
skang masa untuk buat sarung plak...
next entry okeh...:)

Thursday, July 29, 2010

box pleat curtain...




kesian TAK tgk tingkap nih...???
KESIAN KAN??...
dah bertahun rasanya tak tukar langsir...
klu antar laundry pon ..nak ker tuan kedai tu trima.???..
banyak jasa langsir nih....




arini tetiba lak rajin nak jahit langsir...
box pleat jer....kalau di melayu kan akan
berbunyi..langsir lipat2
bahan:kain...
alatan menjahit....
cara2:
a)ukur lebar tingkap
(jumlah kain =lebar tingkap x3 +
4inci utk basi)
b)tentukan tinggi langsir ikut kesesuaian...
terpulang kepada anda...
c)ukur kain yang diperlukan...potong...
cth:jumlah kain yang diperlukan
lebar kain:153 inchi x 3 + 4 inchi=
tinggi =17 inchi(suka ati)
d)tentukan bahagian tengah kain
(utk menetapkan bhg tengah langsir)
e)kemudian,tandakan dengan
jarak 4 inchi diikuti 2inchi, pada kain...
dan di ulang sampai habis...



f)mulakan melipat(buat lisu terbalik)





g)seterika(klu malas x payah)
seterusnya boleh dijahit....



h)untuk heading pulak....ikut suka hati nak
lebar mana pon sebab tak guna curtain tape..
(lupa nak beli)
potong saja kain sama panjang lebar langsir
tambah 4cm untuk basi
kiri dan kanan


i)cantumkan badan langsir dan heading...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



taraaaa....dah siap pon...huhu
,.
.
..
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.


APA MACAM????
cukup tak darjah kesengetannya???


ni la langsir senget benget edisi skolah
tadika..hehehe



next time kita blaja
buat cut out swags pulak yer...

P/S:saya budak baru blajar,
klu buruk jgn dipuji...hahahaha