Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, October 28, 2011

FRESH FLOWER BOUQUET

 Salam hari jumaat yang penuh keberkatan..


Arini dalam sejarah idup aku g bli bunga fresh..sebelum ni cume bunga plastik je aku rajin beli.teringan gak laa nak gubah bunga fresh walaupon x berseni mana pon..hajat ati mmg nak bli bunga ros tapi dah abis la plak kat kedai yang aku g tuh,,last2 aku amik jer bunga daisy..









aku pon x sure harga pasaran cam mana tapi utk 20 kuntum bunga ni Rm 14.00..tapi daun2 pucuk paku tuh aku kutip jer tepi jalan walaupon kat kedai aku g tu mmg ada jual daun2 dan segala rumput rampai yg mmg la cantik2..tapi nak jimat nyer pasal aku kutip jer..ngehhh..aku pilih tema oren n kuning cair sebab aku rasa bunga konvo mestilah ceria kan??nak lari laa sket dari suasana romantik ngn wane2 pastel..
sebenarnya mmg sangat la byk bunga kat kedai tuh..aku jer yang tak tau nak amik bunga apa...so aku rasa bunga ni laa yang paling cantik kat mata aku,ada bunga orkid,carnation,tulip,pendek kata mmg mcm2 laa ada...














bahan2 nyer hampir sama ngan bunga konvo sebelum ni dan kaedah pon same jer...kali ni aku gune teddy bear ngn topi konvo camni..pastu aku ikat kat botol air mineral yang dipotong 2,pastu masukkan span basah bagi tujuan utk mengelakkan bunga cepat layu.ada orang bagi petua masukkan sedikit gula atau 2 biji panadol dalam air tu klu nak lagi tahan lama..












seterusnya aku balutkan separuh dari botol ni iaitu bahagian depan dengan kertas crepe yang keras.boleh la di kedut-kedutkan klu nak bagi menarik.pilihan warna terpulang kepada citarasa masing-masing.
















langkah seterusnya adalah dengan menyediakan kertas crepe yang dibalut dengan plastik transparent  berbunga warna senada.kemudian bolehla dibalut separuh bahagian depan botol tadi





















bunga boleh la disusun mengikut kehendak masing2 bersama daun2 ...bunga2 yang aku pilih agak besar sehingga tenggelam teddy bear kat tengah2 tu..bagi korang yang nak buat,aku cadangkan kurangkan sedikit jumlah bunga...oklah ..selamat mencuba..:))

Monday, October 24, 2011

FERRERO ROCHER BOUQUET (DIY 2)

Salam pagi selasa....

Roh mengupdate blog kembali dan hampir mencatatkan sejarah peribadi,10 post dalam masa sehari..tapi tidak menjadi kenyataan tapi tetap berbangga dengan pencapaian sendiri..ngehhh..apa la merepek ni haa???...dlam posting lepas aku ada cerita ttg bunga konvo yang aku wat sendiri kan???kali ni aku nak teruskan share cara2 nak siapkan bunga ni...klu previous entry aku dah tunjukkan cara nk gulung crepe rose tuh..kali ni ttg ferero rocher lak...




ada byk cara nak lekatkan bunga pada lidi nih...kaedah aku guna adalah dengan wat kudup bunga rose pada lidi pastu lekatkan ferrero rocher gune gam.,aku suke cara ni sebab aku nak nampakkan cup tu...kaedah lain dengan terus cocok coklat ni ngan lidi..senang keje.....satu lagi kaedah dengan menterbalikkan cup ferrero rocher nih,pastu pintal dan lekatkan pada lidi gune tape...ikut la cara masing2...pastu,sama spt bunga,leh laa dibalut ngan kertas crepe.



okeh...seterusnya boleh la diteruskan dengan aktiviti mencocok bunga...aku guna bekas air mineral yang dikerat dua..letak polisterin dalamnyer pastu cocok jer bunga n ferrero rocher sesuka ati korang...



seterusnya bolehlah dibalut ngan kertas balut bouquet ni sampai x nmpak botol air mineral tuh.....kertas nih boleh didapati kat kedai bunga...kertas ni mcm kertas crepe tapi lagi lembut dan cantik..apa nth namanya aku tak tau...:))
dah siap pon..nak kemaskan lagi..leh laa balut pemegang bouquet ni ngn reben..okehh..SELAMAT MENCUBA!!


Thursday, September 29, 2011

FERRERO ROCHER BOUQUET (DIY 1)

SALAM SATU MALAYSIA..:)


Dah lama blog ni bersawang..ayat biasa aku bila nak mengupdate..hahah..malas btol nak mengupdate...x der menda best yang aku wat dua tiga menjak ni...entry kali ni pon sebab konvo adik aku yang nak berlangsung ujung bln depan  kat PICC,bagi memenuhi permintaan tuan punya badan yang nk bouquet yang ada ferrero rocher,aku gagahkan la jugak buat walaupon malasnyer hanya tuhan yang tahu.nak harap aku beli yang dah siap???jangan harap laa..hahahhah...bukan kedekut tapi aku dh survey...klu ferrero rocher dkt 30 ketul ngn bunga fresh yang x seberapa nk fresh ala2 kutip tepi jalan dah nak mencecah seratus...huiiissss...hangin gak aku tgk harganyer..ditambah hangin bila tgk harga seketul ferrero rocher....jadi ..nak tak nak,terpaksa la aku wat ...walaupon dengan bunga kertas dan rupanya tak lah seberapa tapi harap  tuan punya badan sudi la menerima..ngehhhh...kepada yang nak buat tuh..jom sama2 kita buat..hihi

bahan2:

kertas crepe
lidi sate
dawai
alat pelekat
alat pemotong
ferrero rocher
kertas pembalut bunga

langkah2:

1) buat bunga ros (folded roses) menggunnakan kertas crepe.BUDAK ITAM guna warna merah.
pada yang tak biasa buat bunga nih,boleh rujuk  SINI  atau Utube kat bawah..




2)buat sebanyak mungkin bergantung kepada sais bouquet yang korang nak.kertas crepe boleh dilipat  secara terbalik  atau kedalam,terpulang kepada individu.



3)setiap bunga seterusnya dibalut dengan kertas crepe yang agak lembut warnanya bagi memberikan tone yang lebih menarik.budak itam guna soft pink dan soft purple.

ok...dah abis bab bungan ros dari kertas crepe,utk next entry BUDAK ITAM akan kongsikan cara nak balut ferro rocher dengan kertas crepe seterusnya menggubah bouquet ni sampai siap..sajer x nk buat awal2..takot nnt bersawang pulak bunga tuh..:))...SELAMAT MENCUBA!!!