Tuesday, April 26, 2011

PUDING KARAMEL @ GULA HANGUS

SALAM SATU MALAYSIA..


arini dah masuk 26 aribulan..beberapa ari jer lagi nak jadik hujung bulan 5...entry kedua bulan nih,,,,hahhahah..agak bersawang blog nih akibat kemalasan yang menjadi-jadi...
arini nak kongsi satu lagi pencucui mulut yang sedap dan mudah nak buat nih..resepi asal boleh dilihat kat SINI.. JOM MEMASAK..!!


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila
sehelai daun pandan


Bahan B:
1 cawan gula bersama 1 cawan air


CARA2:
Bahan B;
panaskan gula bersama air dengan api sederhana dan masak hingga air gula berubah warna keperangan dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika


Bahan A:
1:Ramas telur bersama daun pandan untuk kurangkan bau hanyir dan masukkan semua bahan A dan dikacau sebati.kemudian tapis dan masukkan ke dalam loyang yang berisi bahan B,
2:Kukus untuk kira2 20 minit dengan api sederhana
3:keluarkan dari kukusan dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais dan boleh dihidang.




puding ni juga sedapp dimakan bersama buah2 an dalam tin...SELAMAT MEMASAK!!!

2 comments:

  1. sorry nk tnyer....
    tapis wu pakai tapis yg kasar ker halus(penapis teh).....
    tq~

    ReplyDelete
  2. elok guna penapis yang halus...klu ada penapis kain lagi bagus....tujuan adunan ditapis sebab nak buang buih2 yang ada nnt puding tak berlubang pastu nak pastikan takderr bendasing spt kulit telur dsb....:)

    ReplyDelete

komen@kutuk