Sunday, May 1, 2011

PARU GORENG BERLADA

SALAM SATU MALAYSIA...

arini dah masuk bulan baru...dan arini jugak adalah hari buruh yang disambut bagi kebanyakan negara....dan ada juga negara yang tak sambut hari buruh pada harini seperti AMERIKA SYARIKAT yang menyambutnya pada hari isnin pertama dalam bulan september setiap tahun..dan pada tahun ni warga Amerika akan menyambutnya pada 5 september... 




kepada rakan2 dan pembaca blog kat luar sana (ada ker yang gegeh baca blog aku nih..:)),SELAMAT BERCUTI ,moga azam dan semangat utk lebih berusaha dalam kerjaya masing2 bertambah....arini nak kongsi satu resepi mudah ni...tapi nak buat nyer leceh sket...nak goreng laaa...nak rebus laa....tapi berbaloi kot...JOM MEMASAK!!!


BAHAN2;
Paru ( 500 g)
Lada merah (7 biji-kalau suka pedas boleh tambah)
Bawang besar (2 labu)
bawang putih(3 ulas)
Serai (sebatang-dititik)
Serbuk kunyit(1 sudu teh)
Garam & gula secukup rasa


CARA2:


1:Rebus paru sehingga lembut
2:Paru dipotong mengikut selera masing-masing.
3:Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
4:Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
5:Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6:Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.jika suka boleh masukkan hirisan bawang besar




ada jugak yang suka buat kering tak berkuah....ikut la selera masing2...SELAMAT MEMASAK!!

1 comment:

komen@kutuk