korang penah dengar PAKEJ MAKANAN MURAH SATU MALAYSIA??bagi aku ni mmg benda baru dan agak pelik bagi aku...apa yang aku paham,makanan yang dijual dan boleh dibeli oleh pengguna adalah pada harga yang rendah berbanding harga asal...banyak jugak persoalan yang bermain kat hotak aku ni...seperti..saper yang nak jual,kat mana dan apa keuntungan yang peniaga akan dapat dan adakah kualiti dan kuantitinya adalah sama seperti harga makanan biasa???..dan yang aku pelik sangat...kenapa kerajaan tak turunkan harga barangan kawalan yang menjadi bahan utama dalam setiap makanan rugi masyarakat malaysia sepeti beras,tepung,telur dan sebagainya??PELIK LAA.
Bagi pendapat aku...klu program ini mensasarkan hanya pada tempat atau kawasan tertentu sahaja dan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja atau dengan kata lain sebagai subsidi kepada peniaga bagi menampung kerugian akibat harga makanan yang dijual adalah murah atau keuntungan yang diperolehi tidak berpatutan..pastinya ia tidak adil..khususnya bagi penduduk di kawasan yang tidak terlibat kerana program ini juga disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan harapan dapat mengurangkan kos kehidupan.
Pakej ini dijangka mampu menawarkan sarapan pagi serendah RM2 dan makan tengah hari kira-kira RM4 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...dan aku sangat teruja nak tgk macam mana program ini boleh memberikan kesan khususnya dalam membantu mereka yang berpendapatan rendah macam aku nih..hehehe...arini nak kongsi resepi kuih lapis nih...aku dah buat dekat 2 minggu yang lepas dan seperti biasa aku yang malas...hahhaa...jom memasak!!!
Resepi asal aku cedok kat SINI
Bahan-bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa)
sedikit pewarna kesukaan
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan,garam. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.
3. Bahagikan adunan. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.
4. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berselang-seli
No comments:
Post a Comment
komen@kutuk