Wednesday, February 8, 2012

SELAMAT BERTUNANG- ITA

Assalamualaikum...

Untuk entry simple kali ni aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG untuk jiran seFELDA,seSEKOLAH,seKAWAN main pondok2...yang selamat bertunang dengan jejaka pilihan ati ahad lepas...walaupun TAK DAPAT DATANG utk majlis tu..tapi aku turut  berkongsi kegembiraan..MOGA Ita n pasangan cepat-cepat nikah yer...AMINN..


Jom layan pic2 E-DAY Ita yang aku ROMPAK dari FB dia...hehehe



Ita yang sangat cantik dengan pelamin yang sweet..:))


gugurl jer???boboy mana??

with future mom in law...sopan jer..ngeehhh..ngehhh..


maklong yang pandai berposing..hehehe


bersama encik TUNANG...mcm pinang dibelah-belah...

untuk resepi kali ni aku nak kongsi resepi mudah iaitu DONUT...
resepi asal di rompak dari TUAN TANAH .terima kasih yer tuan tanah...:)
resepi ni mmg mudah n sangat sedap...bagi yang buta alam macam aku ni..aku syorkan gune resepi ni..mmg jadik...lembut sangat donut tuh...ceehhhhh..suker feeling2 kan ..hahhaha...

Bahan-bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 50 g butter/margerin
  3. 2 sudu gula
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 peket mauripan / dry yeast
  6. 1 biji telur (pukul sebentar)
  7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara :

  1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
  2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
  3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
  4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
  5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.aku gune acuan jer..senang idop...
  6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
  7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

ni laa donut yang mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan..hahhah..kenyang tol makan donut....untuk sukatan ni...lebih kurang 25 biji donut boleh dihasilkan bergantung pada sais...SELAMAT MEMASAK..:))

2 comments:

  1. Hі! ӏ've been reading your website for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Kingwood Texas! Just wanted to say keep up the great work!

    Look into my page :: how to build a boat

    ReplyDelete
  2. Verу good site you have here but I was curіous if you knew of аny forums that cover the same
    toρiсs talked аbout herе?
    I'd really like to be a part of group where I can get feed-back from other experienced individuals that share the same interest. If you have any suggestions, please let me know. Thanks a lot!

    My web-site :: natural breast growth

    ReplyDelete

komen@kutuk