Monday, December 31, 2012

AL-FATIHAH buat housemate

Assalamualaikum...

Al-fatihah dan doa...mungkin itu sahaja yang dapat budak Itam berikan untuk seorang kawan.housemate dan juga roomate yang hampir 6 tahun tinggal sebumbung..adakalanya berkongsi makanan...malah suka dan duka...gelak tawa bersama...tapi Allah lebih menyayangi...dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali..

Arwah yang Budak Itam maksudkan adalah DD atau  Muhamad Khairil Nizam.



hampir setahun lepas ..seingat Budak itam,DD dimasukkan ke Hospital ampang puteri dan kerap mengalami demam dan doktor mengesan terdapat kuman yang disyaki sebagai Tibi...selepas Ampang Puteri kemudian ke Hospital Sg  Buloh...Alhamdulillah.. hampir tiga bulan rawatan..DD kembali sihat dan mula bekerja..Tapi ujian melanda lagi apabila dimasukkan sekalilagi bulan 8 tahun ni akibat perkara yang sama..dari ampang puteri..kemudian ke Hospital Sg Buloh seterusnya ke Hospital Pulau pinang dan akhir sekali Hospital Baling.kali ni ujian Allah agak berat buat DD..menjalani beberapa siri pembedahan di kepala dan untuk memudahkan urusan,DD di bawa pulang ke kampung halaman di Kedah bagi memudahkan rawatan dan bagi ahli keluarga menjaganya.

sepanjang menerima rawatan di kedah.Budak Itam langsung tidak berkesempatan untuk melawat di sebabkan jarak dan juga kekangan masa..terdetik juga perasaan menyesal kerana tidak melawat DD ketika itu.Pada 30.12.12 lebih kurang jam 2 pagi,DD disahkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital baling disamping ibu dan nenek yang setia menjaga.

Untuk entry berkaitan pemergian Arwahyarham...boleh baca kat blog Budak Comel yang jugak ex housemate Budak Itam & blog RM yang femes emes nih.Untuk pengetahuan..DD adalah antara blogger yang rajin dan bersemangat tinggi..khususnya dalam menyatakan ekpressi dan pandangan peribadi secara profesional...

Kepada rakan2 blogger,atau rakan2,sekiranya DD mempunyai salah silap atau terasa hati dengan DD,Budak Itam menyeru untuk memaafkan arwah dan sekiranya ada berhutang..Halalkanlah segala hutang Arwah dan semoga Arwah tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin...

4 comments:

  1. Sedih kehilangan org yg byk bagi sokongan dalam dunia blog ni..

    ReplyDelete
  2. likewise get a conveyable pouch uncommitted useable well to individuals who
    are looking for impotence cure. This may be quite a worry and Online coupons sites come to has a projection screen
    firmness of purpose of 1280 by 800. Discount couponss not just benefits the vendee but as well do you start?


    Here is my website couponcoderoundup.com

    ReplyDelete
  3. Hello this is kind of of off topic but I was wondering
    if blogs use WYSIWYG editors or if you have
    to manually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding knowledge so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

    Review my web blog - bathroom in northern virginia

    ReplyDelete

komen@kutuk