Friday, November 16, 2012

Kek Sarang Semut @ Gula Hangus

Assalamualaikum 

Salam hari jumaat penghulu segala hari...
arini aku nak share satu lagi resepi...kek sarang semut @ gula hangus.
bagi aku kek ni mmg sedap n senang nak buat..tak perlu nak guna mixer..
main campur jer bahan2..nak sukat pon senang...aku dah buat 3 kali guna 

resepi yang sama.resepi asal amik kat Sini...Jom memasak!!!

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.




untuk dapatkan kek yang berlubang cantik,perap adunan lebih dari 2 jam.
kalau nak itam lagi..gula tu kene masak lama sket..ikut la selera masing


kalau suka berminyak,boleh letak lebih marjerin.2 sudu pon aku rasa dah berminyak.
kali ke2 guna resepi yang sama,aku letak hirisan kurma..sedap gak tapi manis sket


kek ni senang nak buat..tak leceh sangat..sesuai untuk sarapan pagi
or minum petang..SELAMAT MENCUBA!!:)

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk