Saturday, January 29, 2011

PUDING ROTI



SALAM HARI JUMAAT...


arini nak masak resepi pencuci mulut yang agak senang dan sedap ni...resepi asal diambil dari AKAK ni...dan AKAK ni jugak...


JOM MEMASAK!!


BAHAN2:


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair(Letak 1 tin=400 gm pon ok)
  • 8gram serbuk agar2(letak sebungkus 10 gram)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • sedikit kismis(nak gantikan dengan hirisan buah pon sedap..)


CARA2:

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. sebelum itu,blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan  dalam periuk yang mengandungi agar2 yg sudah didih tadi
  3. Masukkan butter/marjerin dan serbuk koko dan kacau rata sampai mendidih (kalau ada kismis pon boleh masukkan). matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang dan ratakan
  5. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku. Enak dimakan ketika sejuk.letak sos strawberi atau sos castard pon sedap...


dah siap pon...boleh laa dihias mengikut citarasa masing2...makan dengan buahan2 seperti mangga atau strawberi pon sedap...juga sesuai dimakan dengan aiskrim atau mengikut selera masing2..juga enak dimakan begitu saje...sangat lembut...tak payah kunyah lama2...hehehe

SELAMAT MEMASAK!!!

1 comment:

komen@kutuk