Monday, May 23, 2011

KEK PISANG KUKUS



macam dah jadi trademark lak blog aku ni update jarang2..pastu entry dah basi...peduli kan sajer,,janji update ...hahhaa...2 mgu lepas ke PD untuk sessi menghitam kan kulit....tapi mmg aku tak puas ati sebab tak dapat mandi lama2 sebab ada ikan2 duyung yang nak balik awal...dah namanya menompang..ikut jerlah kan...jangan banyak songehh...



destinasi dituju...TELOK KEMANG....




Tak la cantik sangat klu nak banding pantai lain...tapi mmg aman kat sini...
tak ramai orang...tapi air kat sini tak bersih sangat...




menu utama dan wajib kalau g berkelah..ayam bakar...




aku klu dpt makan mmg buruk rupanya...hahhaa



mmg rugi klu ke pantai klu tak berendam...
sila abaikan wane kulit yang amat rentung selepas berendam...
janji puas..



aktiviti seterusnya adalah melayan budak kecik main pasir...
dah lama tak main pasir cam nih...korang nampak tak???
model kat depan tuhh mmg putih kulitnyer..
jelesss...




lepas 2-3 ari masih terasa sakit badan...mungkin sebab 
syok sangat berendan n main lawan2 dengan ombak...
arini nak share satu resepi mudah...siyee mudah aku cakap...
bahan2 leh kisar dalam blender jer...pastu masukkan tepung...
kukuss>>>siappp>>>sejukkan>>>ngapppp.>>>errkkkkk


 Bahan-bahan:

2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cawan pisang dilecek
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen pisang
3/4 cawan gula 

Cara(cara lambat utk mereka yang rajin)

1)Ayak tepung gandum,soda dan baking

2)Dalam bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang


3)Kemudian masukkan pisang lecek,gula,minyak.Putar lagi sampai sebati


4)Masukkan gandum sedikit demi sedikit.Putar lagi.


5)Akhir sekali tambahkan esen pisang

6)Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40 minit 



7)Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


ni la rupenyer kek yang dah siap..baunya mmg harum...
kalau bagi mereka yang tak la rajin..boleh jer blend semua 
bahan2 kecuali tepung dan bahan penaik.
seterusnya masukkan bahan yang di blend ke dalam 
mangkuk yang berisi tepung dan bahan penaik
kacau hingga sebati dan boleh la di kukus



mungkin rasa kek lagi sedap kalau dibakar...
kek ni putih jer sebab pisang tak ranum sangat..
sooo...lain kali beli laa pisang yang ranum dan 
kehitaman...pisang tu plak pastikan pisang yang 
bersesuaian...




sesuai utk buat sarapan dan minum petang..SELAMAT MEMASAK!!!

Sunday, May 1, 2011

PARU GORENG BERLADA

SALAM SATU MALAYSIA...

arini dah masuk bulan baru...dan arini jugak adalah hari buruh yang disambut bagi kebanyakan negara....dan ada juga negara yang tak sambut hari buruh pada harini seperti AMERIKA SYARIKAT yang menyambutnya pada hari isnin pertama dalam bulan september setiap tahun..dan pada tahun ni warga Amerika akan menyambutnya pada 5 september... 




kepada rakan2 dan pembaca blog kat luar sana (ada ker yang gegeh baca blog aku nih..:)),SELAMAT BERCUTI ,moga azam dan semangat utk lebih berusaha dalam kerjaya masing2 bertambah....arini nak kongsi satu resepi mudah ni...tapi nak buat nyer leceh sket...nak goreng laaa...nak rebus laa....tapi berbaloi kot...JOM MEMASAK!!!


BAHAN2;
Paru ( 500 g)
Lada merah (7 biji-kalau suka pedas boleh tambah)
Bawang besar (2 labu)
bawang putih(3 ulas)
Serai (sebatang-dititik)
Serbuk kunyit(1 sudu teh)
Garam & gula secukup rasa


CARA2:


1:Rebus paru sehingga lembut
2:Paru dipotong mengikut selera masing-masing.
3:Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
4:Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
5:Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6:Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.jika suka boleh masukkan hirisan bawang besar




ada jugak yang suka buat kering tak berkuah....ikut la selera masing2...SELAMAT MEMASAK!!

Tuesday, April 26, 2011

PUDING KARAMEL @ GULA HANGUS

SALAM SATU MALAYSIA..


arini dah masuk 26 aribulan..beberapa ari jer lagi nak jadik hujung bulan 5...entry kedua bulan nih,,,,hahhahah..agak bersawang blog nih akibat kemalasan yang menjadi-jadi...
arini nak kongsi satu lagi pencucui mulut yang sedap dan mudah nak buat nih..resepi asal boleh dilihat kat SINI.. JOM MEMASAK..!!


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila
sehelai daun pandan


Bahan B:
1 cawan gula bersama 1 cawan air


CARA2:
Bahan B;
panaskan gula bersama air dengan api sederhana dan masak hingga air gula berubah warna keperangan dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika


Bahan A:
1:Ramas telur bersama daun pandan untuk kurangkan bau hanyir dan masukkan semua bahan A dan dikacau sebati.kemudian tapis dan masukkan ke dalam loyang yang berisi bahan B,
2:Kukus untuk kira2 20 minit dengan api sederhana
3:keluarkan dari kukusan dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais dan boleh dihidang.




puding ni juga sedapp dimakan bersama buah2 an dalam tin...SELAMAT MEMASAK!!!

Monday, April 11, 2011

La Tahzan...Jangan Bersedih

SALAM SATU MALAYSIA ..


dah bersawang blog nih...kesian kan...nak buat macamana...tuan punya sangat la malas nak mengupdate dan tengah bersedih sebab ada final exam....tak tau la kenapa setiap kali ada final exam jer mula laaa rasa nak sedih nak pula bila dikenangkan dengan  pointer yang macam hidup segan mati tau mau itu...SOB..SOBB..SOBB..tapi tak baik kan sedih2 camnih..hidup harus diteruskan...LA TAHZAN!!!

arini nak berkongsi satu lagi resepi tradisional yang mmg kurang menjadi dari segi bentuk bentuk dan rupanya yang agak menggerikan..maklumlah..'SAYA BUDAK MASIH BLAJA'..HAHAHAH..KLAU ORANG LAIN BUAT MESTI CANTIK JER BENTUK BULAT NYA...KALAU ORANG LAIN BUAT KENAPA TAK MELETOP EKK???.setelah di post motem  dilakukan ,bebebrapa faktor alam semulajadi di kenal pasti sebagai faktor KUIH BOM aka ONDE-ONDE ni sama sekali tak sama bentuk n rupanya SEPERTI:

sebaiknya kuih terus digoreng setiap kali siap digolek atas bijan.(dah siap di golek dan konfiden kuih tu jadi..boleh lak g layan xtube dulu..korek2 idung dulu ker..pastu baru la g goreng kuih...mesti kuih ni merajuk kan...hahahha..)

Minyak jangan terlalu panas.(OHOO....lupa nak celup jari dalam minyak tuh tapi memang ada asap..hehehe)


minyak  jangan pula tidak cukup panas kerana nanti kuih akan menyerap minyak.(yang ni berjaya kot...kuih tak menyerap minyak)

Kuih mesti digoreng terendam (deep fry).(kesengalan melanda....kaedah menggoreng ikan bilis digunakan..hahaha..)


Bahan untuk doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gamdum
1 sudu kecil air kapur (TAK LETAK PON TAKPE)
sedikit garam
3/4 cawan air (lebih atau kurang)


Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung
(tak letak pon tak per..)

Cara2:

1:Bancuh kesemua bahan doh sehingga tidak melekat di tangan.
2:Bentukkan bulat-bulat, Saiz setiapnya biar cukup untuk diisikan dengan inti kelapa.
3:Leperkan sebiji doh, isikan dengan inti dan kemaskan sehingga menjadi bulat
4:Golekkan atas bijan sehingga menyelaputi keseluruhan bebola kuih.

5:goreng dengan minyak yang banyak
6:bila bijan dan warna keperangan,bolehla diangkat dan dihidang



walaupon kuih ni kurang menjadi dari rupanyua...tapi BUDAK ITAM tetap tak bersedih sebab rasanya mmg sama kalau bli kat hotel 10 bintang sekalipon...klau suruh chef Wan tolong masakkan...rasanya pon tak la jauh beza kot...nak pulak kalau bli kat gerai KAK LEHA SENDUK...sama la jugak rassanya..hahahha..tetap tak mau kalah...Enhanced by Smiley CentralSELAMAT MEMASAK!!!

Tuesday, March 29, 2011

KHASIAT TEMPE


SALAM HARI SELASA
arini nak share tentang satu makanan feveret masyarakat jawa iaitu tempe atau tempeh..dan sudah tentunya menjadi hidangan wajib khusunya kalau pergi kenduri  masyarakat JAWA dan ada kawan BUDAK ITAM yang cakap kalau seminggu tak makan tempe 'tak sempurna hidup'..katanya...Enhanced by Smiley Central .BUDAK ITAM jarang makan tempe sebab bukan makanan RUJI dalam keluarga tapi sekali-sekala teringan plak nak makan... tapi sebelum tuh jom kita tgk tentang antara khasiat tempe ni..
1.Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna dan amat baik untuk usus
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan yang dapat menurunkan tekanan darah.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi pesakit dengan masalah jantung.
4. Zat yang terdapat  pada tempe seperti zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein,dan vitamin B12 dapat mengurangkan risiko anemia yang berpunca dari kadar hemoglobin yang rendah.
5.kajian pakar pemakanan menunjukkan bahawa tempe mengandungi sejenis  anti bakteria yang diihasilka oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antara antibiotik semulajadi yang bermanfaat bagi mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan bakteria.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda (
Polyunsaturated fatty acid)
pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol.

7. Memiliki sifat anti oksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser
8. Mencegah hipertensi (hypertension)
9.Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
arini nak share satu resepi yang berkaitan dengan tempe iaitu sambal tempe..JOM MEMASAK..!!
Bahan2:

Sepeket tempe(dihiris halus dan digoreng)
Segengam ikan bilis(digoreng)
segengam kacang tanah(digoreng)
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-caranya:-
  • Blender cili kering dan bawang.
  • Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula serta sedikit belacan.perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak dan masukkan garam dan gula.
  • seterusnya masukkan kacang,tempe dan ikan bilis,kacau sehingga sebati dan sambal agak kering.tutup api dan boleh dihidang

selain sedap makan dengan nasik...sambal tempe ni jugak sedap dimakan begitu saja..pada yang tak suka belacan,boleh diganti dengan udang kering dan kalau tak letak pon x per...SELAMAT MEMASAK..!!!

Monday, March 28, 2011

PANCAKES aka LEMPENG OMPUTIH

SALAM SATU MALAYSIA...

pernah bilang berapa kasut yang korang2 semua ada???mungkin bagi yang kategori 'biasa2' mcm BUDAK ITAM ni...x sampai 5 pon kasut dalam simpanan peribadi tapi klu bagi org pompuan khasnya ...sah2 lebih dari 5 kan???secara amnya terdapat dua KATEGORI kasut...jangan salah baca yer....KATEGORI ...bukan JENIS2 kasut...kategori pertama ialah kasut fesyen atau FASHION SHOES...


ciri utama pada kasut seperti ini ialah cantik dan unik..material yang digunakan juga pelbagai...ramai yang juga mengeluh apabila beli kasut..."nice but not comfortable"...itu ciri utama KEBANYAKAN kasut fesyen...bayang kan kasut dengan tumit 5 inci....tanpa platform....arrrgghhhh...biar merana asalkan bergaya???bagi wanita yang nak nampak cantik mungkin sanggup memakainya...


antara jenama kasut yang boleh dikategorikan sebagai FASHION SHOES seperti CHARLE & KEITH,GUESS,9 WEST dan sebagainya
KATEGORI ke2 pula ialah kasut 'selesa' atau COMFORT SHOES...dan bagi mereka yang bermulut nakal...ada yang menggelarnyer kasut UNTIE2 atau kasut PEREMPUAN GEMOK...ciri utama pada kasut seperti ini ialah...rekaan (design) dan rupa bentuk kasut adalah berdasarkan bentuk kaki pengguna dan apabila dipakai bentuk tapak kaki seolah-olah sedang memijak lantai (rata)...kasut seperti ini juga biasanya mempunyai  'cushion' tambahan bagi menyokong tapak kaki apabila bergerak


rupa bentuk kasut juga selalunya adalah rekaan  asas tanpa warna atau aksesori yang keterlaluan..tidak seperti kasut fesyen.golongan yang biasa memilih kasut seperti ini ialah mereka yang mempunyai masalah sendi terutamanya warga tua atau mereka yang memilih keselesaan lebih dari kecantikan..
arini nak kongsi satu lagi resepi mudah dan agak sedap dimakan...terdapat mcm2 cara nak buat pancake atau lempeng omputih nih...resepi kali ni paling mudah dan juga adalah pancake yg paling asas...bahan2 mudah didapati dan tak mengambil masa yang lama utk disediakan...JOM MEMASAK..!!

Ingredients:
2 eggs
2 cups flour
2 tablespoons sugar
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
2 cups buttermilk
4 tablespoons butter
½ teaspoons vanilla extract
oil or cooking spray (for cooking
)




Step 1: In a large bowl beat eggs. Add buttermilk, butter and vanilla and mix well. Add flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt. Mix well until smooth and let batter set for a few minutes.
Step 2: Heat griddle or pan over medium heat. Brush lightly with oil or spray with cooking spray. You can test to see if the pan is hot enough by adding a few drops of water, if  or when the drops start to dance its hot enough.  
Step 3: Pour ¼ cup of batter onto the griddle. Cook on the first side until bubbles that form start to pop. You can also gently lift up the pancake to make sure the bottom is not overcooking, if it is the pan may be too hot and you will need to adjust the heat. Flip the pancake over with a spatula and cook until golden brown. Repeat until all the batter is gone.




selain makan dengan susu,boleh jugak makan dengan madu...x lupa kuah kari atau sambal ikan biliss..mmmmm sedapnyaaa...SELAMAT MEMASAK...!!:)

Tuesday, March 22, 2011

BULAN BESAR

SALAM SATU MALAYSIA...

arini nak bercerita ttg bulan besar atau dikenali sebagai SUPERMOON atau MEGAMOON yang merujuk kepada satu lagi fenomena yang berkaitan dengan bulan selain dari gerhana bulan yang mungkin biasa kita dengar dan pernah lihat. sebenarnya SUPERMOON ni telah berlaku pada 19 mac yang lalu tapi mungkin tak der rezeki nk tgk bulan ni secara 'live'..sedar2 jer dah 20 aribulan...lorrr...melepassss... Enhanced by Smiley Central

 

Apogee dan perigee merujuk kepada jarak diantara bumi dan bulan. Apogee adalah jarak terjauh antara bumi dan bulan manakala perigee pula merujuk kepada jarak yang paling hampir diantara bumi dan bulan yang sekaligus menyebabkan fenomena yang dikatakan sebagai SUPERMOON yang menyebabkan bulan kelihatan sangat..sangat...sangat laaa besar dari sais yang biasa kita lihat.mengikut rekod(sila baca ala2 KARAM SINGH WALIA sambil angkat tangan sebelah..),jarak antara bumi dan bulan yang lazim ialah 410,000 kilometer tetapi jarak semasa berlakunya perigee adalah 356,575.Kejadian pertama dikatakan berlaku pada 1993 dan seterusnya dijangka berlaku pada 14 november 2016.




Disebabkan kejadian pasang surut air laut ada kaitannya dengan bulan dan tarikan graviti,kejadian Tsunami di Jepun turut dikaitkan dengan kejadian supermoon ni tapi tiada bukti atau kajian yang saintifik yang boleh mengaitkan kedua-dua peristiwa nih bahkan jarak diantara bumi dan bulan ialah 396.500 kilometer ketika Tsunami di Jepun berlaku..kebenarannya hanya ALLAH yang tahu...
arini nak share satu lagi resepi kategori ulang tayang...Enhanced by Smiley Central kuih ketayap atau dipanggil juga kuih dadar...senang dan sedap dimakan...JOM MEMASAK..!!



Bahan A (kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan @ pewarna kesukaan anda
1 1/2 cawan susu cair atau santan atau air suam pon boleh
1 sudu teh garam,
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B(Inti)

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung
(tak letak pon tak per..)

cara2:

1. Untuk inti: cairkan gula dan air hingga hancur dan pekat,masukkan kelapa,kacau sebati dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan inti.

(boleh tambah gula klu nk manis)


2. Untuk kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis

3. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadidan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.Masak sehingga 2-3 minit, atau sehingga semua permukaan masak.

4.angkat kulit ketayap dan letakkan di permukaan rata,letakkan inti dan lipat sedikit bahagian kiri dan kanan,gulung sehingga hujung






untuk menampakkan efek yang sangat gedik...kali ni letak pewarna biru...hehehe




mungkin bagi yang suka,inti boleh la dimasak dan tidak terlalu kering dan biarkannya agak lembab.rasanya pon sedap macam ada 'juice'...SELAMAT MEMASAK..

WORLD WATER DAY 2010


22 march setiap tahun adalah HARI AIR SEDUNIA sebagai tanda memperingati dan meningkatkan kesedaran kepentingan air dalam kehidupan manusia. Kemiskinan atau tahap kemunduran sesebuah negara juga boleh diukur berdasarkar tahap dan kualiti penyediaan perkhidmatan yang berkaitan air.




gambar diatas adalah seorang wanita dari sebuah daerah di Uganda iaitu Sironko.Rutin harian wanita ini agak berbeza dengan rutin harian wanita di Malaysia pada hari ini,wanita diatas terpaksa bangun awal pagi untuk mengambil air,menyimpan serta mengagihkannya untuk kegunaan harian dirumah.Dia juga hidup dalam persekitaran hidup yang serba mendesak dengan kekurangan sumber pendapatan dan cara hidup yang jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan kita di Malaysia .Usah cerita tentang makanan atau pakaian...air pun masih lagi menjadi persoalan...



Slogan WATER FOR LIFE mungkin amat tepat untuk menggambarkan penderitaan dan kesusahan mereka yang begitu memerlukan air sebagai sumber utama dalam meneruskan kehidupan.



Bagi kita yang dikurniakan persekitaran hidup yang lebih sempurna berbanding wanita tadi seharusnya bersyukur dan menghargai air sebagai satu anugerah kehidupan dengan amalan berjimat cermat dan mengelakkan berlaku pembaziran.DAH MANDI???....Enhanced by Smiley Central 

arini nak kongsi resepi mudah dan berkhasiat ni...kerabu ikan kacang kelisa
JOM MEMASAK..!!!


Bahan2 
3 ekor ikan kembong rebus (rebus ikan bersama asam keping, garam) 
7 ~ 8 biji kacang botor / kacang kelisa ~ dihiris secukupnya
1 biji bawang besar ~ mayang halus 
6 biji cili padi ~ hiris halus 
1 batang serai ~ hiris halus 
1 biji limau kasturi 
sos ikan secukupnya
2 biji tomato dihiris nipis 
serbuk perasa jika suka 
sedikit gula 

Cara2 
1. rebus ikan dan asingkan tulangnya. 
2. Tumbuk isi ikan separuh lumat. 
3. Campurkan semua bahan2 yg ada diatas dan perasakan dengan jus limau, garam, serbuk perasa dan sos ikan serta  sikit gula mengikut citarasa anda. kacang kelisa boleh dicelur seketika jika tak suka rasa pahit pada kacang tapi jangan terlalu lama nnt kacang lembik dan tak rangup.




selain dari kacang kelisa,boleh digantikan juga dengan pucuk ubi,pucuk mengkudu dan jantung pisang...nak g mandi Enhanced by Smiley Central  SELAMAT MEMASAK!!!...