Tuesday, March 29, 2011

KHASIAT TEMPE


SALAM HARI SELASA
arini nak share tentang satu makanan feveret masyarakat jawa iaitu tempe atau tempeh..dan sudah tentunya menjadi hidangan wajib khusunya kalau pergi kenduri  masyarakat JAWA dan ada kawan BUDAK ITAM yang cakap kalau seminggu tak makan tempe 'tak sempurna hidup'..katanya...Enhanced by Smiley Central .BUDAK ITAM jarang makan tempe sebab bukan makanan RUJI dalam keluarga tapi sekali-sekala teringan plak nak makan... tapi sebelum tuh jom kita tgk tentang antara khasiat tempe ni..
1.Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna dan amat baik untuk usus
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan yang dapat menurunkan tekanan darah.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi pesakit dengan masalah jantung.
4. Zat yang terdapat  pada tempe seperti zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein,dan vitamin B12 dapat mengurangkan risiko anemia yang berpunca dari kadar hemoglobin yang rendah.
5.kajian pakar pemakanan menunjukkan bahawa tempe mengandungi sejenis  anti bakteria yang diihasilka oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antara antibiotik semulajadi yang bermanfaat bagi mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan bakteria.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda (
Polyunsaturated fatty acid)
pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol.

7. Memiliki sifat anti oksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser
8. Mencegah hipertensi (hypertension)
9.Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
arini nak share satu resepi yang berkaitan dengan tempe iaitu sambal tempe..JOM MEMASAK..!!
Bahan2:

Sepeket tempe(dihiris halus dan digoreng)
Segengam ikan bilis(digoreng)
segengam kacang tanah(digoreng)
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-caranya:-
  • Blender cili kering dan bawang.
  • Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula serta sedikit belacan.perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak dan masukkan garam dan gula.
  • seterusnya masukkan kacang,tempe dan ikan bilis,kacau sehingga sebati dan sambal agak kering.tutup api dan boleh dihidang

selain sedap makan dengan nasik...sambal tempe ni jugak sedap dimakan begitu saja..pada yang tak suka belacan,boleh diganti dengan udang kering dan kalau tak letak pon x per...SELAMAT MEMASAK..!!!

2 comments:

  1. meera suka tempeh! sedap gilo

    http://amirabdaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. class dah ada imej baru ni nampak lebis fresh dan lebih sedap sikit hehehehe...

    ReplyDelete

komen@kutuk