Tuesday, March 22, 2011

WORLD WATER DAY 2010


22 march setiap tahun adalah HARI AIR SEDUNIA sebagai tanda memperingati dan meningkatkan kesedaran kepentingan air dalam kehidupan manusia. Kemiskinan atau tahap kemunduran sesebuah negara juga boleh diukur berdasarkar tahap dan kualiti penyediaan perkhidmatan yang berkaitan air.




gambar diatas adalah seorang wanita dari sebuah daerah di Uganda iaitu Sironko.Rutin harian wanita ini agak berbeza dengan rutin harian wanita di Malaysia pada hari ini,wanita diatas terpaksa bangun awal pagi untuk mengambil air,menyimpan serta mengagihkannya untuk kegunaan harian dirumah.Dia juga hidup dalam persekitaran hidup yang serba mendesak dengan kekurangan sumber pendapatan dan cara hidup yang jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan kita di Malaysia .Usah cerita tentang makanan atau pakaian...air pun masih lagi menjadi persoalan...



Slogan WATER FOR LIFE mungkin amat tepat untuk menggambarkan penderitaan dan kesusahan mereka yang begitu memerlukan air sebagai sumber utama dalam meneruskan kehidupan.



Bagi kita yang dikurniakan persekitaran hidup yang lebih sempurna berbanding wanita tadi seharusnya bersyukur dan menghargai air sebagai satu anugerah kehidupan dengan amalan berjimat cermat dan mengelakkan berlaku pembaziran.DAH MANDI???....Enhanced by Smiley Central 

arini nak kongsi resepi mudah dan berkhasiat ni...kerabu ikan kacang kelisa
JOM MEMASAK..!!!


Bahan2 
3 ekor ikan kembong rebus (rebus ikan bersama asam keping, garam) 
7 ~ 8 biji kacang botor / kacang kelisa ~ dihiris secukupnya
1 biji bawang besar ~ mayang halus 
6 biji cili padi ~ hiris halus 
1 batang serai ~ hiris halus 
1 biji limau kasturi 
sos ikan secukupnya
2 biji tomato dihiris nipis 
serbuk perasa jika suka 
sedikit gula 

Cara2 
1. rebus ikan dan asingkan tulangnya. 
2. Tumbuk isi ikan separuh lumat. 
3. Campurkan semua bahan2 yg ada diatas dan perasakan dengan jus limau, garam, serbuk perasa dan sos ikan serta  sikit gula mengikut citarasa anda. kacang kelisa boleh dicelur seketika jika tak suka rasa pahit pada kacang tapi jangan terlalu lama nnt kacang lembik dan tak rangup.




selain dari kacang kelisa,boleh digantikan juga dengan pucuk ubi,pucuk mengkudu dan jantung pisang...nak g mandi Enhanced by Smiley Central  SELAMAT MEMASAK!!!...  

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk