Tuesday, March 22, 2011

BULAN BESAR

SALAM SATU MALAYSIA...

arini nak bercerita ttg bulan besar atau dikenali sebagai SUPERMOON atau MEGAMOON yang merujuk kepada satu lagi fenomena yang berkaitan dengan bulan selain dari gerhana bulan yang mungkin biasa kita dengar dan pernah lihat. sebenarnya SUPERMOON ni telah berlaku pada 19 mac yang lalu tapi mungkin tak der rezeki nk tgk bulan ni secara 'live'..sedar2 jer dah 20 aribulan...lorrr...melepassss... Enhanced by Smiley Central

 

Apogee dan perigee merujuk kepada jarak diantara bumi dan bulan. Apogee adalah jarak terjauh antara bumi dan bulan manakala perigee pula merujuk kepada jarak yang paling hampir diantara bumi dan bulan yang sekaligus menyebabkan fenomena yang dikatakan sebagai SUPERMOON yang menyebabkan bulan kelihatan sangat..sangat...sangat laaa besar dari sais yang biasa kita lihat.mengikut rekod(sila baca ala2 KARAM SINGH WALIA sambil angkat tangan sebelah..),jarak antara bumi dan bulan yang lazim ialah 410,000 kilometer tetapi jarak semasa berlakunya perigee adalah 356,575.Kejadian pertama dikatakan berlaku pada 1993 dan seterusnya dijangka berlaku pada 14 november 2016.




Disebabkan kejadian pasang surut air laut ada kaitannya dengan bulan dan tarikan graviti,kejadian Tsunami di Jepun turut dikaitkan dengan kejadian supermoon ni tapi tiada bukti atau kajian yang saintifik yang boleh mengaitkan kedua-dua peristiwa nih bahkan jarak diantara bumi dan bulan ialah 396.500 kilometer ketika Tsunami di Jepun berlaku..kebenarannya hanya ALLAH yang tahu...
arini nak share satu lagi resepi kategori ulang tayang...Enhanced by Smiley Central kuih ketayap atau dipanggil juga kuih dadar...senang dan sedap dimakan...JOM MEMASAK..!!



Bahan A (kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan @ pewarna kesukaan anda
1 1/2 cawan susu cair atau santan atau air suam pon boleh
1 sudu teh garam,
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B(Inti)

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
atau gula kabung
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung
(tak letak pon tak per..)

cara2:

1. Untuk inti: cairkan gula dan air hingga hancur dan pekat,masukkan kelapa,kacau sebati dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan inti.

(boleh tambah gula klu nk manis)


2. Untuk kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis

3. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadidan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.Masak sehingga 2-3 minit, atau sehingga semua permukaan masak.

4.angkat kulit ketayap dan letakkan di permukaan rata,letakkan inti dan lipat sedikit bahagian kiri dan kanan,gulung sehingga hujung






untuk menampakkan efek yang sangat gedik...kali ni letak pewarna biru...hehehe




mungkin bagi yang suka,inti boleh la dimasak dan tidak terlalu kering dan biarkannya agak lembab.rasanya pon sedap macam ada 'juice'...SELAMAT MEMASAK..

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk