SALAM SATU MALAYSIA
Antara hari yang tidak disukai oleh kebanyakan orang adalah isnin..(menurut kata survey..)mungkin sebab hari ni adalah hari untuk bekerja bagi semua orang...dan tak semua org suka pergi kerja kan???hehehe...semalam masak ikan cencaru...antara ikan yang tidak disukai khususnya bagi mereka yang begelar budak hostel...ikan ni juga selalu dilabelkan sebagai ikan batu atau ikan yang sangat keras dan tak sedap..malah ikan ni jugak dilabel sebagai ikan murahan...tapi lain plak klu ikan ni dimasak kat rumah...ikan ni antara ikan feveret...mungkin sebab cara masak kat hostel membuatkan ikan ni rasa tak sedap...bagi BUDAK ITAM...ikan cencaru sangat sedap kalau dibakar atau digoreng bercili berbanding dimasak berkuah...JOM MEMASAK!!!
BAHAN2;
seekor ikan cencaru
3 tbsp daging cincang
1/2 labu bawang besar
1 tbsp cili kisar
1/2 tbsp kari ikan dibancuh 2 tbsp air
sedikit garam dan kunyit
CARA2:
1:ikan cencaru di belah belakang dan dibersihkan,lumur dengan garam dan kunyit
2:goreng daging cincang bersama bawang,cili kisar,dan serbuk kari,masukkan sedikit garam.
3:sumbatkan kedalam ikan dan tekan hingga padat
4:bakar atas arang atau masukkan dalam oven (BUDAK ITAM masukkan dalam kuali jer dengan sedikit minyak dan api yang perlahan-utk elakkan ikan melekat pada kuali ,balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit atau lapik dengan aluminium foil)..
5:letak sedikit perahan air limau jika inginkan rasa yang lagi sedap..
dah abis dan berjaya dihabiskan ikan ni....ikan ni tak berbalut...sebab tu kurang cantik dan agak menyeramkan rupanya...sebab tu gambar diambil mcm ni supaya ikan ni nampak menyelerakan....hahahha...SELAMAT MEMASAK!!!
cencaru masak camni,br jumpa yg sumbat ngan daging,mcm best!!
ReplyDeletewaduh sedepnya...
ReplyDeletedah nak lunch sat lagi ni