Wednesday, February 23, 2011

SATE PEDAL GORENG

SALAM PAGI RABU..

Arini mood malas datang lagi tapi terpaksa merajinkan diri utk ke NATIONAL LIBRARY utk mencari bahan rujukan utk assignment yang entah bila laa nak siap tuh...arini nak kongsi resepi yang dah selamat DIBAHAM semalam..    klu perhatikan bhn2 nya mmg sama macam nak buat sate...tapi disebabkan BUDAK ITAM duduk kat umah yang bertingkat-tingkat,terpaksa la ubah cara masak dari dibakar kepada digoreng...JOM MEMASAK!!

bahan2:
500 gm pedal ayam
2 batang serai, racik
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudubesar ketumbar
1 sudubesar jintan manis
serbuk kunyit secukup kuning
sedikit garam
gula secukup manis
minyak masak 1/2 cawan
sedikit air

cara2:

1:Bahan atas dikisar halus (kecuali pedal ayam dan garam),perap bersama pedal ayam dan sedikit garam

2:Masukkan pedal ayam yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering.
Masukkan minyak dan goreng lagi.klu suka garing boleh digoreng lama




klu nak masukkan dalam ketuhar pon ok... rasanya akan lagi sedap berbanding digoreng... boleh juga digantikan dengan hati ayam atau daging atau isi ayam.
SELAMAT MEMASAK!!

1 comment:

komen@kutuk