Wednesday, February 23, 2011

PAJERI REBUNG



SALAM PAGI RABU..

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, assignment pon byk lagi nak disiapkan..harap2 dapat la disiapkan sebelum tarikh tutup...harini nak masak rebung yang dah lama dalam peti ais tuh...tak tau nak masak apa selain masak lemak dan kari,oleh itu jom kita masak pajeri...JOM MEMASAK!!


Bahan2:

5 batang rebung
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di tumbuk kasar)
1 cawan santan 

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

CARA2:


1. belah rebung, jangan sampai putus,rebus rebung untuk kurangkan baunya.





2.  Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan rebung,masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 




Pajeri akan bertambah sedap kalau dibiarkan semalaman sebelum dimakan,sebab tu kalau ada kenduri,pajeri ni akan disediakan sehari lebih awal tanpa memasukkan santan untuk elak basi,pada hari kenduri barulan santan dimasukkan.Selain gunakan rebung,boleh jugak gunakan nenas atau terung,sesuai dimakan dengan nasi minyak..
SELAMAT MEMASAK!!!

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk