Wednesday, February 23, 2011

CEKODOK UDANG GERAGAU


SELAMAT TENGAHARI


cepat betul dah masuk tengahari...tak puas rasanya 


menikmati pagi yang mendamaikan kat umah...sarapan 


pagi ni dengan cekodok udang geragau.


JOM  MEMASAK!!




BAHAN2:


segengam udang geragau


2 cawan tepung gandum


segengam taugeh


segengam daun bawang


selabu bawang besar


1/2 tbsp lada hitam(nak gantikan dengan cili kisar atau 


serbuk kari pon boleh)


sebiji cili hijau atau merah


sedikit garam




CARA2:

  1. Udang geragau direndam, ambil bahagian atas udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau  bawang besar, cili hijau/merah, daun bawang dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata,tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna.
  4. Goreng dalam minyak panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau dengan tangan,Goreng hingga kuning keemasan dan boleh diangkat.


dipotong kecil untuk mudah dimakan



sedap dimakan bersama kuah kacang atau pon sos cili.
makan di waktu petang sambil nonton sinetron pon best,,,SELAMAT BERCEKODOK!!

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk