SELAMAT MALAM MALAYSIA..
Kalau sebut kuih bronok...pasti ramai yang akan cakap
tak tau @ tak pernah makan...tapi klu disebut kuih sagu
pasti ramai yang tau ttg kuih nih..kuih bronok ni adalah
nama lain bagi kuih sagu yang digunakan di
Terengganu(menurut pakcik gogel). kuih ni rasanya
sangat lembut dan sedap(ek eleh tu pon nak taip
ker??:)). BUDAK ITAM suka klu makan kuih ni yang
disejukkan dalam peti ais.Rasanya lagi sedap... antara
kuih wajib di bulan ramadhan,bestnya
bulan ramadhan kan..???resepi asal dicedok kat sini,
JOM MEMASAK!!
Bahan2:
2 cawan sagu halus
4 cawan air
2 tbsp tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam
Cara2:
1. Sagu direndam 1/2 jam,dibersihkan,letak dalam tapis
utk keringkan airnya
2. masukkan gula dan air dalam periuk,masak sehingga
gula hancur
3. Masukkan sagu serta pewarna dan kacau hingga
sagu kembang.Apabila sagu sudah kembang,masukkan
bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak
kering
4. seterusnya boleh diangkat dan masukkan dalam
loyang dan sejukkan sebelum dipotong.
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa
muda parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.
sangat mudah dipotong sebab letak tepung
jagung...rasa pon lain sket...
batuk makin menjadi-jadi sebab banyak sangat makan
kelapa nih...tak gaul dalam kelapa pon rasanya
sedap...CUBALAHHHH...
SELAMAT MEMASAK!!!
Amboi korang mlm2 mkn kuaih bukan main sedapnyer mcm ni makin sihat lah semua anak2 kakak kan hehehehe..
ReplyDeleteDik.. bila nak letak tepung jagung?
ReplyDelete