Tuesday, February 15, 2011

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE



SALAM SATU MALAYSIA...

Buah melaka atau nama lainnya onde-onde atau di Melaka (YER KE??) dipanggil  kuih kelepung adalah antara kuih muih tradisional yang biasanya disaji atau dibuat ketika bulan ramadhan,sangat mudah dibuat dengan kos yang sangat murah.(ayat karangan BM utk SPM...:))JOM MEMASAK!!!


BAHAN2:


250gm tepung pulut


Sedikit jus daun pandan @ pewarna hijau


kelapa parut digaul sedikit garam


Air secukupnya


Gula melaka @ gula kabung di potong dadu




CARA2:


1:uli tepung dengan air dan pewarna hijau,nak letak 


sedikit garam pon boleh


2:uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan atau 


besen tempat adunan diuli


3:masak air dalam periuk sehingga mendidih


4:ambil sedikit adunan dan leperkan di tapak 


tangan,letakkan gula melaka dan gentel atau bulatkan 


tepung tadi


5:masukkan dalam air yang mendidih tadi,sekiranya 


buah melaka timbul dipermukaan air,tandanya dah 


masak dan boleh diangkat.


6:golekkan dalam kelapa yang dicampur sedikit garam







bulat kecil semua ada.....





makan buah melaka ni terasa macam berada dlm bulan ramadhan jer...naper ek???SELAMAT MEMASAK!!!



1 comment:

  1. sedap nyer kakak.. knp aku dtg hari tu tak masak pun... nanti aku dtg aku nak korang masak sedap2 ok....

    ReplyDelete

komen@kutuk