Tuesday, February 22, 2011

KUIH GELANG


SALAM HARI ISNIN..


arini offday tapi seperti biasa penyakit M melanda..malas 

betul nak siapkan asignment yang berlambak tuh...masak 

pon malas rasanya tapi perut tetap lapar,,,

JOM MEMASAK!!


BAHAN2:

300GM ubi keledek

5 tbsp tepung gandum

5 sudu gula

1 cawan air

sedikit garam

CARA2: 

Rebus ubi hingga empuk. masukkan dalam bekas, lenyek-

lenyekkan. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan 

kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan 

tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh 

tambahkan tepung)

Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan 

buat leper sedikit  dan kemudian buat lubang di tengah-

tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga 

habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.

Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan 

ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. 

Tutup api dan hidangkan



sesuai dijadikan sarapan pagi dan minum petang,bagi 

mereka yang ada kencing manis atau menjaga 

kesihatan, kurangkan gula atau

 makan tanpa gula pon sedap..selain nama kuih gelang,kuih ini 


juga dikenali dengan nama kuih keria...nak mulakan misi 

membuat asignment nih...SELAMAT MEMASAK!!

No comments:

Post a Comment

komen@kutuk