Saturday, February 12, 2011

SOLOK LADA CARA MUDAH

SALAM SATU MALAYSIA...

Dah banyak hari rasanya tak memasak,harini nak masak solok lada yang sangat femes kat Kelantan @ negeri pantai timur...terdapat mcm2 cara nak buat solok lada nih...kalau nak tgk cara 'susah' leh klik kat youtube>>


resepi asal menggunakan cili yang bewarna hijau muda
yang byk terdapat kat kelantan macam kat bawah ni...apa yang bezanya????sama jer tapi warna cili ni hijau muda..


kat KL nih susah nak carik....gunakan sajer cili besar yang biasa tapi lagi sedap klu dpt cili khas utk solok nih...sebab cili nih tak cepat hancur dan tak berlendir berbanding cili yang biasa digunakan(orang kata).sebab byk sgt versi, arini BUDAK ITAM nak buat solok versi senang jer...versi 'mak masak' ...walaupon mak BUDAK ITAM bukanlah orang pantai timur...tapi klu dah duduk FELDA tuh,semestinya macam2 jenis  masakan mesti cuba...rasanya pon sama kot...JOM MEMASAK!!!!

BAHAN2:

seekor ikan kembong sais besar
lada besar (secukupnya)
kelapa parut secawan
bwang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
halia 1/2 inci (x letak pon takpe)
sebatang serai
sebiji telur
lada hitam secukupnya
secawan santan
garam dan perasa

CARA2:

1:belah bahagian tengah cili,buangkan bijinya dan basuh
2:tumbuk bawang,serai,halia dan lada hitam.tumbuk sekali isi ikan,
3:gaul bahan yang ditumbuk bersama kelapa parut,masukkan bahan perasa dan telur,gaul sebati
4:sumbat bahan tadi kedalam cili dan padatkan....


5:masukkan cili kedalam periuk bersama santan,
6:masak sehingga santan kering atau apabila cili sudah layu dengan api yang kecil
7:boleh diangkat dan dihidangkan... **kalau nak kuah,boleh letak santan lebih sikit....**


agak comot dan tak secomel yang mak buat.. hehehe.. rasa dah ada tapi sedapnya tak sama yang mak buat...haissshhh...tak abis menuntut ilmu lagi nih....
SELAMAT MEMASAK!!!

1 comment:

  1. erm lah tu,,,sekurang kurang nya u mencuba

    ReplyDelete

komen@kutuk