salam hari isnin...
hari offday...tapi demam kembali..kejap ok kejap x...tak larat rasanya...selsema...batuk lagi..haissshhh..nak masak pon malas tapi perut dah lapar...apa2 pon JOM MEMASAK!!
Bahan A
pasta @ mee
tauge
daun sup
bawang goreng
Bahan Kuah:
500 gm daging
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit lada hitam @ cili padi
garam
air secukupnya
sayur:lobak,kobis,tomato
Cara2:
1. Rebus daging sehingga lembut.
2: Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur,
3: panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian masukkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
4:seterusnya curahkan kedalam periuk yang mengandungi rebusan daging tadi,jika perlu tambahkan air dan masukkan sup bunjut.
5:seterusnya masukkan bahan perasa dan lada hitam atau cili padi diikuti dengan lobak
6:apabila lobak sudah empuk,masukkan kobis dan tomato
7:tutup api dan boleh dihidang bersama pasta dan cili kicap,dan ditabur bawang goreng dan daun sup
*** pasta sup bujang tanpa bahan hiasan dan cili kicap...Sup antara menu feveret waktu demam...dapat memanaskan badan dan menyegarkan tubuh...moga cepatlaaa demam ni sembuh...
SELAMAT MEMASAK!!!
No comments:
Post a Comment
komen@kutuk