Friday, February 4, 2011

KUAH KACANG VS CUCUR BILIS

SALAM SATU MALAYSIA


Hajat dihati arini nakbuat cucur udang tapi tak kesampaian sebab kedai byk yang tutup sebab TAHUN BARU CINA..terpaksa guna barang2 yang ada dlm peti ais jer....jadi ubah plan kepada cucur bilis yang dicicah dengan kuah kacang..kalini nak share resepi kuah kacang cara mudah ni...ILHAM BONDA @ cara MAK BUDAK ITAM masak...JOM MEMASAK...


BAHAN2 (kuah kacang):
300 GM kacang tanah
3 ulas bawang putih **
3 ulas bawang merah **
2 biji buah keras **
1 tbsp udang kering (ditumbuk),nak ganti dengan ikan bilis pon sedap.
10 tangkai cili kering**
2 batang serai dititik
air asam jawa sesedap rassa
Garam,gula,gula kabung secukupnya

1 cawan santan pekat


CARA2:


1:kacang digoreng tanpa minyak,1/2 dikisar kasar,1/2 lagi dikisar halus.
2:goreng dengan minyak cili kering hingga garing,goreng sekali bawang hingga layu
3:masukkan semua bahan bertanda (**) dalam blender
4:panaskan minyak dalam kuali,masukkan udang kering dan bahan yang di'blender' dan serai,kacau hingga terbit bau,selepas itu masukakan kacang
5:tambah air jika x nak pekat sangat.masukkan air asam jawa,gula dan garam serta santan.kacau hingga menggelegak dan pecah minyak,boleh tutup api...


BAHAN2(cucur bilis):
2cawan tepung gandum
1 tbsp yis segera(mauripan)
1 tbsp serbuk kari
1tsp lada hitam
segengam ikan bilis dicarik-carik
garam secukupnya
air secukupnya


CARA2:


1:masukkan semua bahan dalam bekas besar dan gaul sebati,masukkan air dan gaul lagi
2:biarkan seketika adunan sehingga mengembang
3:goreng dalam minyak yang banyak
4:angkat bila cucur kekuningan,dipotong dan boleh dihidangkan bersama kuah kacang




cucur yang gemok2 sebab terlebih zat...






***agak pedas sebab sesuka hati letak cili banyak dari resepi asal..:))tapi ok laaa....:))
***kalau nak gelap lagi,letak gula kabung sahaja dan jgn letak gula halus...

gandingan yang secocok...cucur bilis dan kuah kacang..SELAMAT MEMASAK!!




2 comments:

komen@kutuk